Thursday, May 5, 2011

RUANG KERJASAMA MENAPAK SELANGKAH

Hari ini sesi pertemuan dengan Puan Noraniza Idris dan Puan Nurul Huda dari Tatihseni membuahkan hasil. Perbincangan kedua belah pihak untuk menjalankan kajian dan penyelidikan atas seni budaya Melayu termasuklah adat dan tradisi warisan mendapat sambutan baik kepada rakan pensyarah di UiTM Johor.

Kita mencari ruang dan peluang dari semua pihak untuk mendapatkan peluang kerjasama dan memperluaskan skop kajian di UiTM Johor. Nampaknya pertemuan kali ini disambut baik oleh Sdr Nazri, Diana Zamani, Nor Ila dan lain-lain. Mungkin team ini boleh bergerak dalam satu lagi Special Interst Group (SIG) yang membantu UiTM menghasilkan penulisan, penerbitan daripada penyelidikan yang dijalankan.

Terima kasih kepada Puan Noraniza Idris dan Tatihseni atas peluang dan ruang diberikan kepada UiTM Johor.

Bukan senang mahu bergambar dengan artis terkenal, sesekali berpeluang, teruja juga.

No comments: