Wednesday, May 4, 2011

SENGAT IKAN MAYUNG

Ikan Mayung antara spesis ikan yang bersengat, sama seperti ikan keli, sembilang, baung dll. Kami orang Kuala Nerang panggilnya sebagai 'ikan bertanduk' @ tanduk ikan.

Semasa Darjah Enam dahulu di SK Padang Terap, seorang rakan kami Azizan namanya; disengat ikan keli dan tidak datang ke sekolah. Dalam suratnya ditulis; 'Saya tidak datang ke sekolah kerana terkena tanduk ikan keli.." Cikgu Azizan guru kelas kami membetulkan ayatnya; ...kerana terkena sengat ikan keli.... Dan kami belajar sesuatu.

Untuk menyiang ikan bersengat, potong sengat-sengatnya dahulu sebelum dioperate perut dan dikerat-kerat. Sengat itu yang bahaya dengan bisanya yang agak sakit.

Semalam Shida terkena sengat ikan mayung yang disiangnya. Tercucuk ke dalam kulit jarinya. Sakit meleleh air mata. Saya kira selepas itu, tak berpeluanglah lagi kami merasa ikan mayung. Tapi setelah dia OK, sup ikan mayung terhidang juga untuk makan malam.

No comments: