Friday, May 27, 2011

TAZKIRAH PROF MKI

Pagi ini kami berpeluang mengikuti tazkirah Prof MKI. Ia soal DOA.

DOA adalah lambang ikatan kita dengan TUHAN dan ALLAH yang Esa. Doa adalah TAUHID yang sebenar untuk dihayati. Kebergantungan dengan ALLAH lebih dirasai pada setiap doa yang kita pohon, biar perkara itu kecil mahupun besar. Soal trafik jem, memang ia perkara simple pada sesetengah orang, tetapi ia amat bermakna pada waktu yang kita ada yang amat terbatas.

Doa dihulurkan agar kita dipermudahkan Allah mengatasi trafik jem, mengatasi rasa lapar mahu makan dll.

Sehabis tazkirah, saya bergegas ke SMK Seri Kenangan atas majlis Pelancaran Kad Orkestrathon yang dilancarkan pagi ini.

Anak-anak mula bercuti sekolah selama dua minggu. Ain Hanani pulang sejak semalam di rumah.

No comments: