Wednesday, June 22, 2011

KETIKA MEREKA TELAH SERIBU KALI BAIK, SAYA MASIH MERANGKAK..

Ketika orang lain seribu langkah ke hadapan, kita (saya) masih merangkak di belakang. Ketika orang lain jauh berubah, berubah menjadi lebih baik, saya masih juga berada di tahap itu. Kalau nak ikutkan pesan Nabi, tentunya gagal. Anda gagal.

Seorang teman dahulunya tidak pernah muncul ke surau, tetapi Allah berikan hidayah dan dia datang berjemaah. Jika dahulu hanya pakai ketayap putih tapi kini berserban sempurna. Wajahnya putih berseri, indah. Sejuk mata memandang. Biarpun dia kerja sendiri, kerja biasa-biasa, tetapi Allah anugerahkan kelebihan yang luar biasa kepadanya.

Pada pemerhatian zahirnya sahaja, saya mencintainya. (Cinta sesama saudara seagama). Amat bersyukur melihat perubahan dan kelebihan yang Allah berikan kepadanya. Cemburu.

Ketika orang lain melangkah seribu ke hadapan, aku masih juga di sini. Sampai bila ma?

3 comments:

Sati said...

Assalamualaikum Ustaz...

Bukankah perasaan cemburu dan kesedaran yang ada didalam diri Ustaz sendiri apabila melihat satu perubahan ke arah yang lebih baik itu pun suatu anugerah daripada Allah? Sekurang kurangya Allah membukakan mata hati Ustaz untuk menyedari semua ini sedangkan mungkin ramai lagi diantara kita (atau mungkin saya sendiri) tidak merasa apa yang Ustaz rasai dan masih alpa..

Maaf saya sendiri masih terlalu cetek ilmu agamanya dan saya bersetuju dengan apa yang Ustaz katakan.. mungkin saya juga perlu muhasabah diri melihat dimanakah saya bendiri sekarang. Keep on writing Ustaz..

If Ustaz wondering siapa hamba Allah yang menulis ni, Ustaz baca lah komen saya di bawah posting "Ujian" tulisan Ustaz sebelum ini..

Sati, UiTM Sarawak

Ilham Ainol said...

Salam singgah ustaz.

Saya cemburu kerna orang lain diberikan perasaan "cemburu" untuk berbuat BAIK...
Yang penting, saya tahu diri ini baik dan boleh berbuat baik demi kebaikan bersama...

kan gitu?

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Sati dan Ainol... melihat kebaikan orang lain yang mereka buat, terasa 'kenapa aku tidak begitu juga'... Saya gembira dan bersyukur punyai rakan yang jiwanya amat dekat dengan kita (kebersamaan & mahabbah)