Monday, June 13, 2011

UJIAN

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang ditimpa ke atas orang terdahulu. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan dengan berbagai dugaan sehinggalah berkata Rasul dan orang yang beriman bersamanya; "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah: 214)

Ujian Allah amat berat. Kelesuan adalah ujian. Kekalutan adalah ujian, kemurungan adalah ujian, kepayahan juga ujian. Begitu juga kesengsaraan dan kepedihan adalah ujian. Sakit sedikit juga ujian, sementelah sakit yang benar-benar sakit. Risau dan keluh kesah adalah ujian.

Kita ini hanya bernaung di bawah tangan Allah, cuma. Walau apapun, pujuklah hati ini untuk kembali kepada Allah. Pulang kepada Allah, mengadu kepada Allah, berkasih kasihan dengan Allah, berserah tawakal kepada Allah. DIA-lah Tuhan kita yang maha mendengar dan maha mahu membantu kita.

2 comments:

Sati said...

Assalamualaikum,

Bersetuju dengan apa yang Ustaz tulis.. Kebahagiaan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah juga merupakan satu ujian sejauh mana kita masih mengingatiNYA diwaktu senang.

Tahniah pada UiTM Johor dan PJI khususnya sebab banyak mengadakan bengkel dan latihan untuk pensyarah-pensyarah menghasilkan penulisan dan penyelidikan seperti mana yang Ustaz update didalam blog.

Turut berterima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyertai Bengkel Penulisan Kreatif tempoh hari di Mersing. Satu pengalaman dan kenangan yang tak mungkin dilupakan.

Ikhlas
Sati, UiTM Sarawak

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Sati, maaf kerana saya tidak dapat turut serta dlm program UPENA lalu. Terima kasih kerana sudi bersama-sama UiTM Johor. Semoga kita dapat memanjangkan silaturahim dan suatu hari nanti mungkin kita dapat panjangkan program seperti itu ke Negeri Kenyalang pula. Salam persahabatan.