Sunday, August 14, 2011

BERMAIN-MAIN DENGAN ALLAH

Bermain-main dengan Allah itu seronok sekali. Bukan bermain-main dalam bentuk negatif, tapi bermain dalam maksud bermesra-mesra dengan Allah. Ibaratkan seorang anak kecil yang tentunya suka merenget, menangis dan kadang kala merentap-rentap tangan si ibu kerana mahukan sesuatu. Begitu juga kita bermain-main dengan Allah. Kita bermesra dengan Allah yang Maha Berkuasa yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Bermain-main dengan Allah melalui zikir dan doa, melalui wirid dan tilawah al-Quran yang dialun dengan berbagai rentak dan irama. Bestnya jika dapat bermesra seperti ini...

Saya suka dengan Imam Hj Zakaria (Haji Yaakob) imam Masjid Gemereh berwirid dan berdoa. Caranya sebutannya seakan-akan merenget, seakan-akan memujuk seakan-akan memberlai dan semuanya satu sahaja iaitu untuk mendampingi Allah. Berdoa kepada-Nya. Kadang kala cara kita bermain-main seperti ini lebih meronta-ronta hati ini untuk mendekati-Mu Ya Rabb.. Itu yang termampu kami lakukan..

(Semalam saya ingat malas nak berbuka di surau.. malas lagi.. malas lagi.. gagal.. tapi entah bagaimana terlihat trailler TV3 ttg indahnya bacaan tarannum dengan ayat "Tabarakallazi jaala fissama...." terus ia menerobos ke dalam diri, mengigit rasa dan rasa sedar... Lalu segera saya bersiap utk berbuka dan berjemaah di surau... Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah, Kau berikan aku kekuatan melalui TV3, cuma...)

No comments: