Tuesday, August 2, 2011

RAMADAN YANG MUNCUL UNTUK KALI BERIKUTNYA

Ramadan yang muncul untuk kali yang berikutnya. Sekali lagi medan latihan Allah berikan kepada saya dan kita untuk mendidik diri menjadi insan yang taat dan bersyukur kepada-Nya. Allah berikan lagi peluang untuk kali ini. Allah hulurkan lagi peluang ini sebaiknya untuk kita menadah tangan berdoa, untuk kita membuka al-Kitab untuk dibaca, untuk kita berdiri dan sujud solat kepada-Nya berjemaah dan bersendirian.

Allah terlalu pemurah, terlalu baik kepada kita. Hanya diri ini yang masih juga malas dan malas untuk dijadikan alasan dan bebalan, sehinggalah tiba waktunya Allah datang mencabut nyawa; barangkali baharulah tersedar bertapa alpanya diri.

Allah sediakan dunia yang cantik, isteri yang baik, anak-anak yang cerdik, tapi bagaimana diri ini menilai semua anugerah Allah.

Pada ketika takabur masih meninggi, rasa bangga dan cuak masih bertahta, rasa punyai kelebihan masih bersangkar dalam diri; masih juga mahu mencari dan mencari... Sedang Allah memerhati gerak lakumu tanpa henti.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk-Mu Ya Allah... Aku tidak sesekali menyekutukan Mu.."

Ikrarku!

No comments: