Wednesday, September 21, 2011

Anak-anak

Anak-anak..

Afif sengaja balik hujung minggu lalu untuk dapat restu sebelum peperiksaan akhirnya bermula di UiTM Puncak Alam. nak buat supprise, tapi dia yang supprise sebab kami berada di KL, Sabtunya.

Ain balik hari Jumaat, ingatkan boleh balik awal (Khamis petang), tapi sekolahnya buat 'count-down Merdeka'.

Zaim yang pergi ke PECIPTA juga sampai hari Jumaat petang semasa tetamu dah sampai. Alahmdulilah anak-anak balik juga.. (team SUKSES mendapat satu emas dan tiga perak, tahniah)

(Shida dah merungut, tak nak buat open day sbb anak-anak tak balik, saya katakan itulah perasaan 'orang tua' yang merindui anak-anaknya. Dia tak suka..)

Alhamdulillah anak-anak banyak membantu uruskan itu ini. Mereka kena belajar bertanggungjawab, belajar menguruskan rumah.. itu harapan kami.

No comments: