Monday, September 5, 2011

RAYA KALI INI


Selamat hari raya kepada semua pembaca. Mohon maaf zahir dan batin.

Tahun ini, abah sakit.. seminggu ditahan di hospital. pulang ke rumah juga masih begitu-begitu. Kesian mak..

Kami beraya di Sekinchan.. Nyalok ngapura...

Raya ke dua pulang ke Kedah, jumpa saudara mara; anak-anak saudara yang dah besar panjang. Beraya dengan abang-abang dan kakak di kampung.

Beli sepasang arnab, seekor terlepas dan beli semula dibawa pulang ke Segamat. Jauh perjalanannya.

Akikah tiga orang anak sepupu di Bendang Raja, rahmat Allah setelah lama berikhtiar akhirnya dapat juga Bakar anak lelaki comel.. tahniah.

Tak sempat nak ziarah Mak Long Hawa dan Paksu Man. Ziarah Ust Mokhtar yang kemalangan.

Terasa ramai saudara mara yang tidak ditemui kali ini. Maaf, mungkin kerana kesuntukan masa yang berbaki. Atifi nak UPSR, kena juga fikirkan.

Salam lebaran penuh debaran

No comments: