Tuesday, October 11, 2011

HARI REHAT SEDUNIA

SABTU 8 OKT, mungkin hari rehat sedunia kami. Selepas Subuh berlingkar... malas bermalas... (Tak baik macam tu, jangan dibuat selalu).

Tengah hari Afif sibuk hendak ke KL kerana urusan bisness.. entah apa yang hendak dicuba. Kami benarkan dalam seribu keresahan.

Pergi kenduri PM Kamel Puan Che faridah yang akan ke Mekah nanti.

Kami mendapat berita Haji Yunus bapa Puan Maria Zaid meninggal dunia. Dia orang lama di Kruing Patah (tempat personaliti Normala Shamsudin), yang mula meneroka Kruing Patah sebagai perkampungan kecil keluarga mereka. Usianya sudah 85 tahun lebih. Kami memang rapat dengan keluarga ini, ibarat keluarga sendiri jadinya.

Langsung kami berzirah dan menguruskan kain kapan, urusan pemandian dan segera akan disolatkan selepas Magrib di rumah dan Isya di kebumikan di Masjid Buloh Kasap.

Malam itu kami ada tiga kenduri; Haji Daud yang akan ke haji dan En Idris Tohiran, Bendahari Surau; disudahi dengan kenduri Kedai makan Haji Hamid; bihun sup dan laksa utara.

Fuh.. Subhanallah.

No comments: