Saturday, March 3, 2012

MAK LANG NAH DAN TOK JAH 2

Dari rumah buruk di pinggir pungsu, Mak Lang buat pula pondok baru (juga yang daif sebenarnya) bersebelahan rumah Pak Syeikh Ghani @ Naqiyah yang ada sekarang. Rumah baru ini nampak lebih kukuh dengan ada ruang dapur ke bawah sikit, jemoran kecil -pelantar-  dengan kayu-kayu bulat. Ada ruang kecil dijadikan bilik untuk Tok Jah baring dan saluran tandas ke bawah rumah untuk Tok Jah membuang kekotorannya.

Kami (Kak Aisyah dan saya) masih juga tinggal bersama Mak Lang sehinggalah penghujung Darjah Empat. Ketika itu saya masuk jawi (bersunat) bersama-sama dengan Sanusi, Taud Taharim dan Hisyamudin Pak Teh. Kami bersunat di rumah Ayah. Sejak itulah saya terus tinggal di rumah Mak Cik Melah sehinggalah dewasa.

Panjang umur Tok Jah. Panjang juga kebajikan dan pengorbanan Mak Lang Nah menjaganya. Sesekali saya datang berziarah Tok Jah, akan saya picit Tok Jah dan berbual itu ini.

Sapa ni?

Mad Ee..

Ooo Mad Ee ka. Bila mu balik?

Semaghin (kelmarin/ semalam) (Biasanya pulang dari Maktab Mahmud).

Sehingga ke akhir hayat Tok Jah, dia hanya menyebut Nah, oh Nah... (Mak Lang Nah).

Nah oh Nah, eh mu gi mane.. Nah oh Nah... itulah kalimah akhir yang diulang-ulang Tok Jah walaupun sebenarnya Mak Lang Nah ada di sisinya.

Tok Jah pergi pada umur 120 tahun.

Mak Lang meninggalkan kami semasa saya bertugas di Sabah (1991 - 1996). Mungkin dalam tahun 1994 begitu.

Mereka adalah insan yang terlalu dekat dengan saya!

No comments: