Thursday, May 31, 2012

KUALA LIPIS

Kuala Lipis

Bangunan lama warisan penjajah British masih ketara mengutuhi pekan pinggiran Sungai Jelai. Bangunan klasik dengan lenggok batunya sudah cukup merakam sejarah yang terlalu lama Kuala Lipis pada 0 KM. Kami solat di Masjid Negeri berusia 100 tahun lebih, masjid yang didirikan pedagang dan ulama India yang merantau di sini. Gotong royong. Saya bisikkan kepada anak-anak, betapa besarnya pahala mereka yang membina masjid ini, dapat berjariah sepanjang 100 tahun, dengan tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan. Untuk amal jariah, bantulah tanpa banyak bicara.

Kami menginap di Hotel Jelai, sebuah bilik besar dan sebuah bilik sederhana. Kosnya amat murah; RM75 + RM50 = RM125 semalam. Makan di dataran perbukitan, makanan sedap namun agak lambat penyajiannya. Malam itu saya keluar dengan Afif mencari roti canai dan melihat sekitar Lipeh; bandar barunya di seberang landasan keretapi berdiri megah beberapa hotel besar dan gedung membeli belah. Di utaranya pula laluan utama menghubungkan Kuala Lumpur – Gua Musang, yang tentunya laluan biasa bagi warga Pantai Timur.

Awal pagi Selasa, kami mengambil keputusan drastik. Pada mulanya mahu juga kami tinggal semalam lagi, ataupun bertolak pulang pada lewat tengah hari. Namun keretapi ekspress telah kehabisan teket, jika mahu ditunggu keesokan harinya keretapi shuttle yang bergerak jam 8.00 pagi. Mahu ditunggu, rasanya tidak berbaloi, tiada haluan hendak dituju.

Ayuh kita pulang!

Kami segera bersiap, saya belikan nasi lemak bungkus, roti canai dan nasi kerabu. Tentunya enak makanan bikinan orang Kelantan. Dan kami berangkat tepat jam 8.15 pagi. Pekan Lipis tidak sempat kami jengah sebaiknya. Hanya perjalanan ini adalah satu pengalaman dan perkongsian yang menarik.

Perjalanan itu suatu yang indah.

2 comments:

Engku Artini said...

A'kum..
belum pernah sampai sini.. yg glamer sgt tpt ni mestilah kg dato' siti.. hehe

Anonymous said...

Akhirnya sampai jugak ustaz ke lepeh. Ingatkan sekadar melintasi bandar sejarah itu sebelum ke destinasi sebelumnya...rupa2nya memang itu tempat dituju. Lepeh sangat menarik & hebat sekiranya dihayati sejarah & peninggalan sejarahnya. ;) azura