Monday, August 26, 2013

KEBIASAAN DAN KEPERLUAN..

Kebiasaan kita membeli barangan itu dan ini membuatkan kita alpa. Setiap kali memasuki pasaraya, troli yang dibawa bagai sedia menerima bahan dan baranang biasa yang dibeli. Tangan bergerak pantas tanpa perlu berfikir mengaut barangan itu dan ini memenuhkan troli. Akhirnya banyak juga barangan yang sampai di rumah, tidaklah digunakan sepenuhnya.

Menguruskan sebuah majlis perkahwinan juga begitu. Kebiasaan menempah dan membeli kostum pengantin sebegitu dan sebegini, maka itulah juga yang dibuat oleh pasangan dan keluarga. Mak andam ditempah sehingga mencecah RM2000, ole-ole - bunga telur- sampai ribuan ringgit juga; tidak termasuk makanan sebagai asas dalam majlis kenduri. (Makanan ok, sebab itulah sebenarnya tujuan majlis diadakan).

Kebiasaan pada yang biasa tanpa berfikir sebenarnya banyak menenggelamkan ribuan ringgit pada perkara yang tidak perlu dan tidak bermakna. Ia perlu difikir semula.

Kedai bunga yang taukenya orang Cina boleh berniaga sakan. Daripada sebuah kedai kecil berpindah ke sebuah kedai baru yang lagi besar. Barangannya tentulah orang Melayu juga yang beli. Tidak orang Cina sama sekali.

Kebiasannya kitalah juga yang mengkayakan orang lain, tidak pada sesama kita.

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)