Thursday, January 19, 2017

APABILA HATI ITU BERPENYAKIT

Penyakit Dalaman.

"Dalam hati mereka itu ada penyakit, lalu Allah tambahkan lagi kesakitan itu kepada mereka." (Al-Baqarah: 10)

Apabila bersarang penyakit dalam hati, teguran kawan tidak dilayan, mesej tidak mahu berjawab, kerja berkira untung dan rugi, sukar menerima beza pandangan.

Biar pun lagak menawan tapi keruan dalaman tidak terbendung, terserlah jua kebejatan.

Ibadah kita dengan Tuhan, harap reda berpanjangan bukan penghias di mata insan.
Moga tetap menjadi ingatan, menzalimi insan besar balasan kelak Allah tunaikan.

Jika benar husnul khatimah jadi idaman, lestari taulan sebagai bekalan. Sebegitu hidupmu bercelaruan, matinya kelak tidak ketahuan.

Sembuhlah duhai luka hati daripada suul akhlak, sedamainya wajah tika berteleku di hadapan Kaabah.


* Teringat lagu A Ramlee: Madah Pujangga.

No comments: