Thursday, June 8, 2017

NOTA KECIL AYAH (11)




_______________________________________________________________

SOFIAH BINTI HAJI MAT NOR

IA KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA

MALAM JUMAAT 26-12- 91 BERSAMAAN
DENGAN 11-2-72
MENINGGAL ANAK TIGA ORANG

1. MUSTOFA BERUMUR 18 TAHUN
2. AISYAH BERUMUR 11 TAHUN
3. NAWAWI BERUMUR 7 TAHUN

MUSTAFA TARIKH 13 11 54
____________________________________________________________________

Ulasan:

Ini adalah antaran titipan sejarah kesedihan bagi Ayah. Ayah catatkan kematian isterinya, Sofiah binti Haji Mat Nor pada 11 Februari 1972 dengan meninggalkan tiga orang anak, Mustofa, Aisyah dan Nawawi.

Tarikh lahir Mustofa dicatatkan sebaiknya pada 13 November 1954, kini berusia 63 tahun.

Bonda Sofiah meninggal dunia setelah tujuh hari mengalami kesakitan di bahagian perut. Kesakitan ini tidak dapat dipastikan apa puncanya dan apakah nama penyakitnya. Kami tidak tahu.

Pada malam itu, Bonda mengajak kami menziarahi Tok Esah, ibu kepada Mohd Isa yang sakit. Pulang daripada ziarah berkenaan, bonda mula sakit dan sakitnya bertambah teruk. Pernah Bonda dibawa ke hospital Alor Star, namun tiada jalan penyudahnya selain takdir Allah menerima hamba-Nya kembali.

Melalui catatan ini, saya dapat pastikan tarikh kematian ibu tersayang. Ia terlalu awal bagi diri ini yang baharu sahaja menjejak kaki ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Seingat saya, ia belum pun cuti penggal pertama, belum sempat ibu melihat butir-butir indah anakmu ini di bangku sekolah. Terlalu awal, namun itulah takdir Allah jua.


No comments: