Tuesday, June 20, 2017
NOTA KECIL AYAH 23
_________________________________________________________________
TAHUN 73
DUIT BUAT BENDANG
BENDANG KAMPUNG TANJUNG 35.00
KAMPUNG RAJA 29.00
DUIT HASAN SEBANYAK 61
RINGGIT
SUDAH BAYAR 4.00
BAKI LAGI 57.00 RINGGIT
BAYAR 5.00
52.00
BAYAR
____________________________________________________________________
Ulasan:
Ayah menyebut kos upah membuat bendang pada tahun 1973 iaitu bendang di Kampung Tanjung dan Kampung Raja. Bendang Kampung Raja terletak bersebelahan sekolah Kebangsaan Padang Terap.
Kebiasaannya kos melibatkan menggala bendang (membajak sawah padi) menggunakan jentera traktor. Kos ini yang paling berat ditanggung pesawah kecil seperti Ayah. Kos lain tidak ketara seperti menanam padi yang akan diadakan sendiri atau bergotong royong, meracun dan membaja juga dilakukan sendiri.
Coretan Ayah yang diconteng menyatakan hutangnya kepada seseorang yang bernama Man atau Hasan (kurang jelas tulisan) berjumlah 61.00. Hutang itu telah dibayar berdikit-dikit, 4 ringgit; 57 ringgit, dan 5 ringgit sehingga berbaki 52 ringgit.
Ayah menconteng atau memadam rekod ini dengan maksud urusan ini telah selesai. Ia jelas tertera dengan tulisan BAYAR (yang kecil di bawah kalimah BAKI). Maksudnya urusan hutang piutang Ayah akan bereskan dan setelah dibereskan maka rekodnya pun dipadamkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment