Wednesday, August 2, 2017

NOTA KECIL AYAH 41

_________________________________

PADA 6- 7- 72 ADA PERGI
KEPADA MASJID GAJAH PUTIH
SIK KEDAH SELAMA DUA HARI
SEMALAM UNTUK PERJUMPAAN ALIM
ULAMA SEBANYAK YANG HADIR LEBIH KURANG
600 ORANG

BERPINDAH NABI KITA KEPADA MADINAH PADA HARI
JUMAAT SAMPAI KEPADA MADINAH PADA ISNIN  (ALIF HA - intaha muallif SALAM)
SALAM NO 12
________________________________

Ayah catatkan Persidangan Ulama Kedah yang diadakan di Masjid Gajah Putih, Sik pada 6 Julai 1972 menghimpunkan seramai 600 ulama seluruh negara (negeri?). Tentunya ada agenda tersendiri kenapa persidangan itu diadakan namun pastinya ia satu kegembiraan tidak terhingga kepada para alim ulama untuk bertemu dalam satu majlis.

Catatan berikutnya mengenai hijrah Rasulullah s.a.w yang dikatakan berlaku pada hari Jumaat dan sampai ke Madinah pada hari Isnin. Kitab rujukan yang dinyatakan Ayah ialah Kitab SALAM pada muka surat 12. Penulis tidak pasti kitab apakah ini.


No comments: