Monday, October 23, 2017

GUNUNG STONG

Gunung Stong diambil namanya daripada perkataan STONE, bahasa Inggeris yang dipermudahkan cakapnya orang setempat menjadi STONG. Puncak Stong ialah sebuah batu besar, yang cukup besar sesuai dengan namanya stone.


Ketinggian Gunung Stong ialah 1422 Meter dari aras laut.

Jalan paling mudah ke sini ialah menaiki keretapi. Keretapi dari Gemas jam 11 malam dan tiba di Dabong jam 8 pagi. Ambil sarapan dulu, beli nasi bungkus dan boleh naik van ke Jemaluang untuk permulaan mendaki.


Air terjun Jemaluang, antara air terjun tertinggi di Malaysia. Ketinggian diukur daripada air mula jatuh hingga ke bawah sekali..







Pendakian bermula dari pintu masuk Chaley Jemaluang dan terus ke Kem Baha. Di sini kita akan bermalam semalam sebelum keesokan harinya mendaki ke puncak. 

Pendaki punyai pilihan sama ada mahu mendaki tiga puncak ; iaitu Puncak Baha, Puncak Ayam dan Puncak Stong dalam satu trek (satu hari). Bagi mereka yang kurang upaya memadai dengan satu puncak sahaja, puncak gunugn Stong.

Kebiasaannya pendaki akan meneroka tiga puncak serentak. Perjalanan mengambil masa sehari suntuk. Bermula dari jam 8.00 pagi dan akan tiba semula ke Kem Baha sekitar 7 malam. Ada yang lewat sampai jam 10.00 malam dan ada yang lebih daripada itu sehingga jam 2 pagi. 

Bagi pendaki meneroka tiga puncak, persediaan berjalan malam amatlah perlu terutamanya lamlpus suluh, air dan sedikit makanan. 




Pacat dan ulat gonggok biasa ditemui pada laluan ini. Pacat tidaklah banyak, sekadar ada seekor dua sahaja. ia tidak perlu dirisaukan. 






Pandangan dari Kem Baha, tempat mula air terjun yang tinggi itu.. kelihatan di bawah sana perkampungan Jemaluang. Jika anda bertuah, anda akan dapat nikmati awan kapet ketika berada


 di sini.  





















Suasana awal pagi yang sungguh indah mempersona. Menunggu matahari terbit yang sungguh indah, kemerah-merahan dan kilatan awan yang sungguh mempersona. 






















Gua yang terdapat dalam pendakian ke Puncak Stong. 












Sebatang pokok besar berhampiran gua, pokok meranti 





















Inilah STONE atau puncak Stong iaitu seketul batu besar pada kemuncak ketinggian Stong. 































No comments: