Wednesday, December 13, 2017

merapu dalam kelas

Bukan kali pertama aku menghadapi situasi seperti ini. Mungkin ini kali kedua, mungkin kali ketiga, dan entahlah kali ke berapa aku hadapi situasi seperti ini. Aku sering sahaja dibayangi wajahnya yang amat kurindui…

sempurnakan ayat dalam 200 patah perkataan dalam masa 10 minit. 


Aku sendiri pelik dan kaget. Kenapa hal yang sama sering terjadi dalam hidupku. Kenapa tiba-tiba muncul sahaja rang bulan yang penuh serinya mewarnai kesuraman hidupku sekian lama. Aku pasrah.
Ya, aku pasrah dalam kerinduan yang kian mendalam menerobek jantung hatiku setiap malam. Rinduku kian membara. Rinduku kian menerjah ke seluruh urat darah yang mengalir dalam rongga badan ini. Rinduku tiba-tiba datang menerjah begitu kuat kepada insan yang hadir berselang seli dengan nafas yang ku sedut.
Entah kenapa senyuman manismu mudah menjengah, entah mengapa senyum tawa mu menjengah ke kalbu ini, entah mengapa sapaan kecilmu biarpun bersahaja tetapi membekas dalam diri. Ajaib sekali sentuhan yang kau hulurkan. Ajaib setinggi mukjizat pada kalimah cinta. Ajaib pada kalimah cinta sang arjuna penawar rindu, pencinta yang luhur seluhur cinta kasih Uda dan Dara, hendaknya.
Ah, barangkali bukan masanya lagi untukku mengayam rindu pada saat seperti ini. Namun apakan daya kerana gelojak itu membadai tubuh kerdil ini buat seketika. Dan tentunya aku yakin dan percaya bahawa delta rindu yang membara bukan hanya lahir pada diri ini sahaja, malah ia pastinya terjelma dalam diri mu jua. Aku pasti dirimu jua merinduiku pada saat mimpi kita teranyam, pada saat solat kita bertakbir dan pada saat mata kita terlelap. Rindu itu datang kembali.

No comments: