Tuesday, November 12, 2024

PONDOK HAJI MAD NOR, KAMPUNG TABAN, PADANG TERAP KANAN. KEDAH

Rumah usang ini adalah legasi kewujudan sebuah pusat pendidikan tertua di daerah Padang Terap. Ia dibina oleh Tuan Guru Haji Mad Nor sekitar tahun 1930. Tuan Guru Haji Mad Nor mula belajar di Patani selama lapan tahun sebelum menyambung pelajarannya di Mekah selama tiga tahun. 

Rumah usang ini adalah tinggalan Tuan Haji Mad Nor yang membuka pondok pengajian kitab kepada anak-anak muda dan orang tua yang berminat untuk belajar pada sesi malam. Pada siang hari Tuan Guru Haji Mad Nor menjadi guru al-Quran di Sekolah Kebangsaan Padang Terap, sebagai guru agama pada sesi petang. 

Tuan guru Haji Mad Nor meninggal dunia pada usianya 75 tahun pada tahun 1950. Operasi pondok diteruskan oleh murid-murid Tuan Guru Haji Mad Nor seperti Haji Yaakob bin Jasin, Haji Wahab Jusoh dan beberapa orang lain yang mengajar mengaji al-Quran.  

Kemuncak pondok ini beroperasi sehingga 30 buah pondok didirikan di sekitar rumah Tok Guru di Taban. Jumlah pelajarnya dijangka dalam 100 orang selain berguru di Pondok Taban, mereka juga belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Terap pada siang harinya. 

Rumah ini kini didiami Tuan Guru Haji Abdul Rahman anak bungsu kepada Haji Mad Nor sebagai tinggalan warisan sebuah pembangunan pendidikan anak bangsa di daerah Padang Terap.


Friday, June 14, 2024

SENJA


 

Kesenjaan melabuh lembayung merah di ufuk

ombak merah kemerahan hampa menghampakan impian

senyuman pudar membunuh jiwa kaku dan beku

labuhnya senja dan pudarnya malam

menghitamkan hubungan keinsanan


salahnya satu

kelewatan masa menghukum cerita

duka semalaman dek labuhnya senja kemerahan

duka.

KITAB AL-IBANAH IMAM ABU HASAN AL-ASY'ARI

 Saya dapatkan kitab ini ketika berkunjung ke Jogjakarta dua tahun lalu.  

Meneliti kitab ini, ia mendasari bentuk akidah yang perlu diimani oleh seorang muslim. Keimanan kita berlandas ketetapan al-Quran dan sunnah, berpandu kepada hadis yang sahih. Banyak perkara yang perlu dihadam bagi meningkatkan keyakinan dan kefahaman kita kepada akidah Islam. 

Ia bukan hanya soal berbeza pandangan dan pegangan, tetapi pada uslub dan kaedah memahami al-Quran sebagai sumber utama. 

Wednesday, May 15, 2024

KEBERKESANAN MASA HANYA LAHIR PADA WAKTU ANDA SIBUK. JADILAH KITA SENTIASA SIBUK

Lantaran waktu yang terlalu santai, anda sebenarnya merugikan ruang masa yang Allah berikan. Saya sangat bersyukur apabila didesakkan oleh berbagai aktiviti dan program, kerana saya percaya itulah ruang untuk saya melakukan sesuatu, dan menghasilkan sesuatu. 

Minggu lepas contohnya waktu yang paling padat. 

1. Surau al-Muhajirin akan dinilai ke peringkat negeri; saya perlu sediakan bahan presentation meliputi semua item yang diberi dalam ruberik. Ia bermula daripada KOSONG. 

2,. Aktiviti Johor Bersih berjalan setiap pagi Ahad. ia perlu diuruskan juga

3. Penilaian pensyarah juga berlaku pada hari Ahad pada jam 10. saya perlu bersedia terutamanya dokukmen sokongan

4. Projek Legal Clinic dibawah Jabatan Undang-undang UiTMJ akan dijalankan di surau pada minggu berikutnya, 17 Mei. Ia perlu diuruskan juga

5. Pelajar yang nak siapkan assigment, kena dilayan untuk pergi ke kawasan kajian.. 

full rasanya agenda minggu lalu, dan Allah sentiasa membantu saya untuk meleraikan kekusutan 

Dalam pada itu, notebook pula rosak untuk seketika sebelum dipulihkan di kedai komputer. 

FB Surau alMuhajirin, ada yang wujudkan, Alhamdulillah.
Blog ini yang ditinggalkan sekian lama, dapat dihidupkan atas bantuan En Ghani

Blog Soal Jawab agama pun dapat dihidupkan semula

Alhamdulillah


Tuesday, January 7, 2020

AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 - LETRIK DAN AIR

Eletrik masuk ke rumah kami pada tahun 1978, ketika kami berada di Tingkatan Satu, Maktab Mahmud. Ia menjadi agenda politik yang panjang. Pada kempen pilihanraya, isu ini menjadi sandaran utama pihak kerajaan mahupun pembangkang. Ada kampung tertentu dipasangkan tiang begitu lama tanpa ada kabel untuk pembekalan elektrik. Janji politik sukar hendak ditunai. Ia tidak semudah ABC.

Di rumah, kami pasang tiga lampu kalimantang, satu di ruang ibu, satu di ruang bilik tidur dan satu di ruang dapur. Satu lagi mentol bulat di ruang depan tangga rumah. Itupun jarang amat kami pasang kerana takutkan bilnya tinggi. Pasang apa yang perlu sahaja.

Orang-orang berada mulalah membeli TV dan peti ais. Rumah Pak Hasan Kedai antara rumah pertama ada peti TV dan menjadi tumpuan kami pada setiap malam Sabtu untuk tayangan filem menarik. Seminggu sekali sahaja.

Batang paip air mula masuk sekitar tahun 80an sebegitu. Kerajaan wenangkan air paip sebagai air bersih, air terawat. Kami yang biasa minum air telaga, sihat walafiat tidaklah perlu pula dirawat air telaga itu. Untuk minum harian pun, tidaklah kami masak air telaga itu untuk diminum, diminum mentah-mentah gitu sahaja. Kenduri kendara pun sama, tidaklah kami perlu masak air telaga. Cukup dimasukkan sarbat dan air gula, jadilah ia air minuman yang paling enak kami rasa.

Datangnya air paip menyebabkan telaga kami menjadi usang. Kejernihan air telaga bertemankan lumut-lumut dan anak-anak ikan ditinggalkan oleh masa. Telaga akhirnya dikambus dan tiada berbekas lagi untuk kami tunjukkan kepada generasi Z.

Monday, January 6, 2020

AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 (4) WAYANG PENERANGAN

Tahun 60an hingga awal 80an wayang pacak yang diuruskan Kementerian Penerangan begitu popular di kalangan kami. Ia antara point hiburan kami pada waktu itu. Panggung wayang hanya ada di Alor Star, ia amat jauh dan tidak terjangkau kami ke sana.

Wayang pacak Jabatan Penerangan adalah lidah rasmi kerajaan. Kami dihidangkan dengan beberapa kempen. Kempen ini tidak pernah tergambar oleh generasi kini.Termasuklah kempen pakai kasut bagi mengelakkan berkaki ayam. Pakai kasut untuk elakkan cacing daripada masuk ke dalam tubuh dengan gambaran kartunnya seekor cacing merayap masuk ke dalam kaki.

Kempen membina tandas di setiap rumah. Kerajaan menyediakan bantuan mangkuk tandas kepada setiap rumah. Tandasnya kenalah kita buat sendiri. Adakah kami tidak pernah buang air sebelum ini? Kami buang air pada semak-semak di tepi telaga, pokok pisang yang kering pun dapat baja basah daripada buangan kami.

Maka ayah pun galilah tandas pertama di rumah kami. Tandasnya hanyalah sebuah pondok dengan pangkin kayu berjejari kayu 3 x 2, dan bahan buangannya berjatuhan ditinggalkan sebegitu sahaja dalam lubang besar seperti itu. Tiada paip air, basuhnya di telaga!

Ada pula kempen memelihara ikan air tawar di tepian rumah. Kami hanya mampu menonton wayang pacak tetapi tidak termampu membuat seperti itu. Lagi pun sawah bendang kami luas, sumber ikan kami sedia terhidang dengan pancing atau alatan lain seperti sat, celeng, jala dan lukah.

Antara cerita menarik yang kami pernah tonton ialah .... (maaf dah tak ingat)


Sunday, January 5, 2020

AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 (3) JANGGUT

Aku dilahirkan di rumah berbidankan Bidan Tok Esah, yang rumahnya di Sungai Sari berhadapan klinik Sungai Sari. Ketika itu, rumah kami terletak di kawasan Sekolah Maktab Mahmud Padang Terap sekarang ini. Lokasinya berhampiran pejabat blok lama sekolah. Selanjutnya rumah kami terletak di belakang kawasan pondok, kawasan rumah Kakak Aisyah hari ini.

Aku menatap dunia dengan sedikit keajaiban kalangan orang kampung. Sejak lahir lagi aku telah berjanggut, secubit janggut di bawah dagu pada dua tempat sebelah kanan dan tengah dagu. Ia menjadi punca aku digelar Tok Janggut oleh kawan-kawan, satu gelaran yang aku tidak suka sama sekali.

Aku anak bungsu daripada empat adik beradik seibu. Abang sulung Abang Wahab dari susur galur suami pertama ibu, Abdul Rahman. Difahamkan Abdul Rahman seorang lebai di Kampung Taban, Lubuk Labi. Mustofa, Aishah dan aku tiga adik beradik dari satu bapa, Haji Yaakob. Susur galur ayahku mempunyai waris seramai tujuh orang daripada tiga orang ibu. Daripada ibu pertama, dua orang anak perempuan, Zainab dan Kamariah.

Daripada ibu kedua, Hajah Ramlah dua orang anak, Johari dan Sanusi. Ramlah ramai melahirkan anak, tetapi meninggal dunia pada waktu kecil. Daripada isteri ketiga, Sofiah adalah kami tiga beradik.


AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 (2) CITA-CITA

Anak kampungan seperti aku, apalah ada pada angan-angan. Apalah ada pada cita-cita.

Apabila cikgu bertanya di kelas, apa cita-cita kamu Nawawi? Aku pantas menjawab mahu menjadi petani, cikgu dan posman. Petani kerana ayah emak aku adalah petani, pesawah tradisinya membanting tulang pada tanah dan lumpur. Cikgu, kerana itulah kerjaya yang aku mula lihat di hadapan mata, melangkah ke sekolah. Ayah juga selalu sebut kerjaya cikgu itu baik, menjadi cikgu itu mulia. Amal jariah yang berpanjangan, kata Ayah.

Posman kerjanya menghantar surat ke kampung kami. Berbasikal jauh dari Pejabat Pos Kuala Nerang ke kampung kami di Padang Nyior, sebelum dibekalkan motorsikal selepasnya. Itulah tiga cita-cita awal yang Cikgu Mohkhar (Cikgu Darjah Satu) catatkan pada buku rekod kemajuan murid. Catatannya menggunakan pensil, bukannya pen. Barangkali cikgu berharap agar cita-cita kamu ini, kamu boleh padam dan betulkan pada masa akan datang!

Terima kasih Cikgu Mokhtar yang berpindah balik ke negeri asalnya, Negeri Sembilan.

Apalah dunia besar ini yang dapat aku lihat dari anak kampungan Padang Nyior 7 KM dari Pekan Kuala Nerang.

Aku hanya ada sehelai kain untuk dipakai malam hari ke balaisah (surau), sehelai baju basahan dan sehelai seluar pendek. Seragam sekolah juga cukup sepasang itu sahaja. Baju putih, seluar biru pendek, sepasang kasut dan stokin dipakai untuk sepanjang tahun tidak perlu diganti. Aku tidak pernah memiliki lemari (gerobok), selain hanyalah bergantungan pada tali-tali yang diikat antara tiang tepi rumah, atau paku-paku yang dibuat ampaian dalam bilik.

Terima kasih baju buruk aku, terima kasih selipar buruk yang aku ikat dengan dawai dan tali untuk boleh dipakai tanpa berganti, terima kasih rentang kehidupan terbentang luas dari pinggiran sungai, padang bola, sawah bendang, hutan belukar, ikan-ikan, katak dan cacing, dan sebuah basikal kecil hadiah ayah kepadaku.

AKU MELIHAT PADA UMURKU 55 (1) ANGKA

Aku mulai dengan Bismillah.

Aku mulai dengan Alhamdulillah

Aku mulai dengan syukur atas nikmat Tuhan berikan untuk aku hidup pada era yang sungguh cepat berubah. Pada era yang tidak terjangkau dek akal dan mata kepala dengan teknologi menguasai relaiti manusiawi.

Aku anak kampungan lahirnya pada ketentuan Tuhan pada tanggal 9 September 1965. 55 tahun usiaku pada tahun 2020 yang membawa perfect vision untuk seorang lelaki.

Aku suka pada angka 9 dan angka 3. Semahunya aku menempah nombor plat kereta bernombor 313 sebagai perlambangan jumlah muhajid pertama Islam dalam perang Badar, ahli syurgawi yang mulia di sisi Allah. Ia tidak menjadi kenyataan kerana aku dapat nombor pilihan lain 413 pada kereta baharu pertama milik kami, Toyota Unser yang digunakan sampai hari ini. Ia sebahagian hayat kami yang dikasihi.

Aku pernah memiliki nombor plat Naza Citra berwarna merah 9965 sebagai perlambangan tarikh lahirku. Namun Naza Citra tidak lama bertahan, aku tolak gantikan dengan Honda Civic bernombor plat 9993. Sebuah lagi kereta baharu kami NCS9969 pada Pajero Sport sebagai gabungan tarikh lahirku dan tahun kelahiran Shida, 1969.

Hanya nombor telefon masih kekal pada nombor 013-775 9965 dan Shida pada 013-7709965.

Gandingan baharu ini tidak pernah dirancang sama sekali, tetapi ia terjadi sebagai anugerah Tuhan kepada hambanya. Toyota Unser pada 413 dengan Honda City milik Ateh, 513. Tidak perlu disalahkan takdir. Tuhan lebih tahu.

Angka 9 dan 3 akan sentiasa beriringan.

Tuesday, August 27, 2019

as a muslim

As a muslim in my daily life

sebagai seorang muslim, saya bangun awal pagi.
saya ucapkan Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah
saya gosok gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi
saya mandi menggunakan sabun

La la la la la, saya gembira

setelah mandi, saya berwuduk dengan sempurna
saya solat Subuh berjemaah dengan ayah dan ibu
saya mengambil sarapan pagi.
saya bersiap awal untuk ke sekolah.

La la la la, saya gembira

saya berjalan kaki ke sekolah
saya berjalan beriringan dengan kawan-kawan
saya tidak bermain-main di jalan raya, ia bahaya.
saya gembira pergi sekolah
kami gembira pergi sekolah.

Di sekolah saya belajar bersungguh-sungguh
Saya belajar Matematik, Sains dan Bahasa
Saya sayang cikgu yang mengajar kami
saya gembira cikgu tekun membantu kami

saya ucapkan salam kepada cikgu
saya patuh arahan cikgu di sekolah
saya siapkan tugasan harian yang cikgu beri
saya hormat cikgu saya


Saya berkawan dengan semua orang
saya suka kawan-kawan yang baik pribadinya
saya membantu kawan-kawan yang memerlukan
saya gembira kerana kawan saya ramai

La la la la la, saya gembira

saya cintakan kebersihan
saya tidak membuang sampah merata-rata
saya sediakan tong sampah di rumah saya
saya membuang sampah ke dalam tong sampah
saya pastikan kebersihan rumah saya
saya pastikan kebersihan di sekolah saya

Saya memakai pakaian yang bersih
saya memakai kasut ketika di luar rumah
pakaian saya dibasuh pada setiap hari
saya tidak suka pakaian saya kotor


La la la la, saya gembira

Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menipu
menipu itu berdosa
saya tidak bercakap kotor dan keji
saya menjaga budi bahasa saya
saya menjaga adab tutur kata saya
saya sayang diri saya
saya sayang semua orang

La la la la, saya gembira

Saya seorang muslim yang baik
saya bermain pada waktu petang
saya
saya pulang ke rumah sebelum malam









Friday, April 26, 2019

KOMPLEKSITASI KOMUNITI INDIA DI MALAYSIA

Komuniti India mewakili 10 - 15 peratus rakyat Malaysia. Walaupun jumlahnya agak kecil, namun penguasaan ekonomi dan politik kaum ini agak besar dan memberi bekas kepada pembangunan negara. Sejak tradisi, komuniti India dilihat sebagai komuniti yang bertaraf rendah dan kelihatan kotor. Namun kesan pembangunan negara yang menyeluruh, telah merubah keadaan ini.

Sistem kasta seakan kurang memberi makna kalangan komuniti India di Malaysia, walaupun sebenarnya ia masih menebal di kalangan rakyat India di India. Keadaan ini menjadi janggal dan satu kepelikan kepada kaum India, ibarat seorang yang lahir dalam kalangan hamba, tiba-tiba bertahta menjadi raja! Kepelikan apakah ini.



Siapa yang upaya mengubah kompleksitasi komuni India di Malaysia.


Tidak semua India terlibat, hanya beberapa kerat cuma. Namun kemunculan beberapa kerap itu yang sering kali terjadi, telah menimbulkan persepsi negatif kepada komuniti India di Malaysia.

Sikap tidak memperdulikan hak orang lain, sikap mementingkan diri sendiri, sikap melebihkan bangsa sendiri tanpa menghiraukan hak dan keterbatasan 'kebebasan hidup', adalah gambaran semulajadi komuniti India.

Sekadar beberapa kes yang boleh disebut sebagai gambaran kepada kenyataan di atas;

1. Seorang lelaki India bersahaja tanpa rasa malu, tanpa rasa bersalah, tanpa pedulikan sesiapa walaupun tuan rumah sendiri. Dia datang dengan motor dan mengambil buah mangga di hadapan rumah seorang kawan. Siap dibawanya galah dan peralatan mengait dan


2. Memakir kenderaan sesuka hati

3. Seorang perempuan berusia membawa anak kecilnya menaiki motorsikal di belakang lorong, dan mengambil (mencuri) kuali dan alatan memasak milik restoran..

4.