Saturday, January 17, 2009

KUNJUNGAN KE UiTM MELAKA, LENDU

Seusai solat Jumaat, segera kami berangkat ke UiTM Melaka dengan kenderaan UiTM. Puan Nor Haniza dan Puan Rohani Jangga turut serta bagi lawatan tapak untuk program Jom Tulis Artikel Akademik UPENA pada 29 dan 30 Jan ini.

Tiba di sana, beberapa orang staf HEA (Sdr Faizal) membantu kami menunjukkan DK3 dan DK 4 yang diminta. Saudara (? maaf lupa namanya) berjanji akan menyediakan kelengkapan dewan, syukur terima kasih..

Kami diiringi Puan Sumarni bertemu En Najib.... dan jumpa juga Puan Ami Zita dan En Aziz... segala urusan makan minum dan penginapan di Rumah Tamu, selesai diurus. Dengan serba ringkas, mereka hidangkan air minuman dalam kotak dan bungkusan biskut.. Terima kasih atas layanan yang baik kepada kami.. Budaya yang baik boleh kita contohi..

Sebelum pulang, kami sempat menjamu kuih cucur udang Alor gajah yang terkenal itu. Sedap dan sebungkus kami bawa pulang.. CUma Hany bertanya, 'mana udangnya, tak nampak pun?

No comments: