Sunday, April 5, 2009

HARAPAN PADA 'SATU SUARA SATU MALAYSIA'

Ucapan sulung DS Mohd Najib sebagai PM mengharukan. Keperihatinannya untuk mengkaji semula akta ISA menjadi harapan besar rakyat Malaysia. Sudah lama sepatutnya ISA dimansuhkan kerana kita percaya, manusia itu perlu diberikan hak pembelaan sewajarnya.

Mengapa masih takut dengan bayang-bayang sendangkan kita mempunyai anggota keselamatan bertaraf dunia, yang mampu menyelesaikan berbagai kes kritikal. Apalah adanya sangat kepada 'musuh' politik sekadar untuk menahan mereka tanpa dibicarakan.. Undang-undang rimba tidak seharusnya kita pertahankan. Tahniah DS Mohd Najib di atas keperihatinan ini.

Cuma ada pula yang bercakap; dibebaskan hanya 13 kenapa tidak dibebaskan lebih ramai yang lain? Mungkin belum tiba masanya, barangkali. Cuma kadang kala kita terlupa bahawa memenjarakan manusia tanpa dibuktikan kesalahannya adalah suatu yang zalim.. dan mungkin tiba tikanya DS Mohd Najib akan mengambil tindakan wajar melihat senarai lain yang diISAkan, sebelum mereka dibebaskan.

Gagasan SATU SUARA, SATU MALAYSIA menjadi pelonjak sokongan rakyat kepada beliau apatah lagi apabila Dr M sendiri telah kembali ke pangkuan UMNO. (Apakah Dr M akan dilantik sebagai penasihat kerajaan bertaraf menteri dalam kabinet DS Najib kelak? Tidak mustahil).

1 comment:

AnDeH said...

salam,
setuju dgn dapatan ustaz..
kemungkinan Dr M itu mmg tidak mustahil memandangkan Najib adalah "org" Dr M.
Di sbbkan Najib jd PM jgk la Dr M kembali ke pangkuan UMNO dengan serahan borang penyrtaan dan rm2 sebagai yuran tempoh hari..