Friday, April 3, 2009

TAHNIAH DS NAJIB SEBAGAI PM KE 6 MALAYSIA

Sekalung tahniah dan seribu pengharapan kita panjatkan kepada DS Najib Tun Razak atas pelantikannya sebagai PM Malaysia ke 6. Tentunya dalam keadaan yang sukar baik dalam politik, ekonomi mahupun kerapuhan sosial, DS Najib memikul beban yang berat dan sukar. Tiada harapan yang tinggi kepada DS Najib dalam corak pembangunan mahupun dasar-dasar kerajaan, namun kita harapkan ketelusan beliau membawa pembaharuan dan perubahan.

Sifat keterbukaan dan sedia menerima pandangan yang berbagai amat diperlukan dalam mencorak kepimpinan negara masa kini. Era maklumat terbuka dan meluas mendesak DS Najib dan anggota kabinetnya untuk lebih terbuka dan telus seterusnya membuat pertimbangan wajar dalam apa jua keadaan.

Sikap terburu-buru dan menilai lawan sebagai 'musuh' adalah kurang wajar dan ia mungkin memakan diri sendiri. Selamat memerintah negara kepada DS Najib dan kita menyokong sebarang bentuk perubahan ke arah kebaikan dan kebijaksanaan dalam pembangunan negara.

(Kekaguman kita kepada Tun Razak tiada tolok bandingnya... bagaimana pula anaknya ini?)

Kepada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, selamat bersara dari arus perdana politik tanah air. Mungkin inilah masa yang terbaik kepada Tun Abdullah untuk menyelami permasalahan ummah dan seterusnya memberi sumbangan dalam bentuk sosial. Tun Mahathir tentunya bukan lawan Tun Abdullah, tetapi seharusnya kita bersatu ke arah membina kesejahteraan negara dan masyarakat.

No comments: