Saya punyai satu koleksi lirik lagu yang dibuat sendiri semasa bersekolah dahulu. Ia dinamakan sebagai 'Lagu-lagu Top'. Saya dengar radio (radio terkecil pada masa itu) dan salin lagu-lagu yang sedap didengar. Malah saya catatkan pula tarikhnya.
Pada muka depan buku berkenaan, saya coretkan alamat rumah yang kami sewa untuk bersekolah di MMAS;
Nawawi H. Yaakob
378, Lorong Molek
Simpang Kuala
Alor Setar Kedah.
"Sebuah buku usang dapat mengenangkan kembali masa silam yang diliputi kekabus senja. Lalu terhidanglah sebuah coretan kenangan. (1981)"
Namun lagu Sohaimi; Epilog ini tidak termasuk dalam koleksi saya barangkali kerana saya berpindah ke Kolej Islam Kelang yang menjarakkan interaksi saya dengan radio. Namun lagu ini amat dekat dengan jiwa saya.
Kau tersenyum manja
Menyatakan Hasrat Kepadaku
Kau Kata Kau Cinta
Cinta Pertama Kepadaku
ku Hampir Tergoda
Bergelora Dalam Kalbu
Kau Bukan Untukku
Kau dan aku Tak Mungkin Berpadu
1nun Di Sana
Beri Beribu Batu
Kau Kutinggalkan Bersama Hatimu
Nun Di Sana
Kau Meratap Pilu
Satu Masa Nanti
Kau Akan Mengerti
Apa Maksudku
Kini Kau Menanti
Harapanmu Abadi Terhadapku
Kau Coretkan Lagi
Rahsia Hatimu Kepadaku
ku Doakan Dikau
Bertemu Seorang Teman Sejati
Yang Satu Aliran
Satu Kepercayaan
Aduhai Kathy
(Temui Sohaimi Mior Hassan pada majlis Pelancaran Buku Travelog Cinta Abadi karya Puan Roza di UiTM Johor, Segamat pada 5 Jun 2010 bermula jam 9 pagi)
No comments:
Post a Comment