Saturday, May 29, 2010

PEMANSUHAN CUKAI OLEH KERAJAAN

Pengumuman pemansuhan cukai oleh kerajaan ke atas barangan pengguna seperti yang dicadang dan disampaikan DS Idris Jala Khamis lalu menimbulkan berbagai spekulasi. Ternyata barangan utama pengguna seperti petrol, gula, minyak, tol, tepung dll akan dinaikkan dari masa ke masa. Kenaikan ini secara langsung - kesan semerta - ialah akan membebankan rakyat jelata. Tidak dinafikan siapapun, ia akan menjejaskan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kemampuan dan keupayaan kerajaan BN memerintah.

Secara langsung saya terfikir, apakah pengumuman ini adalah satu petanda besar seperti petanda kiamat; tanda kiamat besar kepada kerajaan BN yang akan berakhir di sini? Jika dahulu ketika Pak Lah mengumunkan kenaikan petrol 70 sen seliter menjadi punca kegagalan BN dalam PRU 2008, apakah pengumuman ini juga ada kaitan dengan hilangnya kepercayaan rakyat kepada keupayaan kerajaan, hingga menyebabkan berakhirnya era pemerintahan BN dalam negara? Wallahuaklam.

Tidak dinafikan, alasan kerajaan berbuat demikian ada benarnya. Terlalu banyak subsidi sebenarnya membebankan kerajaan dan akhirnya membebankan rakyat juga. Namun tindakan drastik yang keterlaluan akan memberi impak lebih besar ke atas pengguna dan keyakinan rakyat. Itu suatu yang pasti.

Tentunya banyak perkara lain boleh difikirkan. Kadar rasuah yang terlalu tinggi masih boleh diatasi dengan baik bagi menangani krisis kewangan pada masa kini. Begitu juga banyak projek pembangunan yang tidak berkesan perlu dihentikan seperti program Permaata Pintar yang hanya menguntungkan kalangan tertentu.

Seharusnya juga kita lebih berhemah pada ketirisan yang banyak berlaku, pada majlis besar-besar yang tiada banyak faedahnya kepada rakyat. Elok kiranya kita ikuti pendekatan National Key Result Area (NKRA) yang digariskan oleh kerajaan juga. (NKRA bukannya Najib Kerja Rosmah Arah, seperti yang didengar di kedai-kedai kopi..) lawatan ke luar negara juga elok dikurangkan bagi menyelamatkan wang negara, di samping pengutipan cukai yang lebih tepat dan menyeluruh.

2 comments:

azrul said...

dalam sibuk kerajaan hendak memotong subsidi...tba2 muncul pula idea gile dari pak menteri untuk membina bangunan parlimen baru berkos 800 juta...buta hati ke tuli minda menteri2 yang ade sekarang? sampai hati mereka mengutarakan idea pembaziran sebegitu kepada rakyat sedang pada masa sama heboh diwar2 kan negara akan bankrap jika subsidi tidak dipotong. jadi rakyat lagi kah yang akan menanggung beban 800 juta ini? walaupun pada akhirnya idea ini macam jadi & macam tdak tapi yang nyata sang menteri2 memang tiada akal.

Anonymous said...

Sapa yang pilih depa?????