Saturday, August 7, 2010

ABAH DATANG


Embah Lanang dan Embah Wedok datang menziarahi putunya. Hari Selasa (3 Julai) datang dan pulang esoknya. Embah Lanangnya tidak mahu tinggal lama-lama, walaupun saya faham benar Embah Wedoknya mahu saja menemani kami selama-lamanya..

Syukur dan terima kasih atas kunjungan Embah..

Dan kadang kala kita rasakan betapa seharian itu terlalu sibuk. Jadual harian tentunya begitu seadanya, namun kadang kala ia amat suntuk. Rabu lalu, seperti biasa - setelah Shida cuti bersalin- limun-limun pagi menghantar Atifi dan Nuha ke SK Batu Anam dan terus ke UiTM. Kelas jam 8. Pulang sebentar ke rumah mengiringi Embahnya pulang. Bekalkan dua guni durian untuk mereka. Terima kasih Ajak yang sudi menjadi pemandu kereta baru abah; CAMRY.

Segera ke SMK Seri Kenangan membetulkan minit mesyuarat PIBG yang akan dilangsungkan jam 5 petang nanti. Jam 12 sudah tercegat di LT 2 menjadi juri 'munafasah' (persembahan) Bahasa Arab. Seronok sangat dengan Bahasa Arab, bahasa yang dahulunya sayalah pejuangnya, peminatnya, penggiatnya.. namun ia semakin hilang setelah kian lama meninggalkannya. Terima kasih Ust. Farhana memberi peluang kepada saya mengimbau kenangan indah berbahasa Arab seperti ini. Suka sangat-sangat.

Jam 1.20 pulang segera menjemput anak di SK Batu Anam sambil berpesan; Nuha dan Tifi tak dapat sekolah agama petang ini kerana abah tak sempat nak jemput. Ada meeting.

Turunkan anak-anak di rumah dan segera berpatah balik ke UiTM. Kelas jam 2.15 petang.

Jam 5.00 meeting PIBG. Tamat jam 6.45

Maghrib berjemaah di surau dan memenuhi hajat Wak Redza beryasin tahlil.

Usai solat Isya, ke rumah Prof MKI, meeting PERKIM. Pulang jam 11.30 malam.

Syukur seharian dapat saya sediakan sedikit diri ini untuk diri, keluarga dan ummah.

Begitulah adanya kita

No comments: