Wednesday, August 4, 2010

BABY SARA MENDAPAT NAMA



Alhamdulillah akhirnya Baby Sara mendapat nama. AIN HANIATUNNISA. Itulah perkiraan terakhir yang kami putuskan, namun nama gelarannya; SARA masih kekal diguna. Ibrahim dan Nuha beria-ia mahu menggunakan nama itu dan rasanya nama ini terlebih awal dinisbahkan kepadanya. (Lebih teruja apabila Prof sendiri memanggilnya begitu). Sama seperti abangnya; Ibrahim yang nama benarnya ialah Ahmad Sufi Al-Hadi.

SARA adalah HANIATUNNISA!

Panjang. Panjang juga mahu memilih nama anak ke tujuh. Mungkin kerana anak ke 7! Abang-abang dan kakak-kakaknya turut memberi cadangan, apa lagi umminya yang berulang kali mengiyakan itu dan menidakkan ini.

Berulang kali membaca al-Quran untuk mencari nama. (Niat dah tak betul tu, ustaz...) Yang mula muncul nama cadangan ialah BASHIRAH (Ain Bashirah..) pada beberapa ayat yang muncul berulang kali. Umminya tak setuju nanti dipanggil 'Basi' pula. Ibrahim pun dah ejek-ejek 'basi-basi'.

Pilihan kedua, TAQIYYAH (AIN TAQIYYATUN NISA) pada ayat surah Maryam (wa hananan min ladunka wazakatan wa kana taqiyya). Umminya tak setuju. Terbelit lidah jawanya..

Ubah kepada NAQIYYAH (Naqiyyatun Nisa). Pun tidak setuju.

Ibrahim dan Nuha mencadangkan AIN MAISARAH. Saya setuju pada padanan yang baik. Kami ada Ibrahim, ada pula Sarah atau Hajar. Umminya tak setuju pada Hajar, maklumlah Hajar tu orang kedua kepada nabi Ibrahim a.s, bimbangnya tetap ada! Ke situ pula dia.

MUNIBAH (orang yang bertaubat) juga muncul sebagai cadangan sebelum akhirnya dipilih HANI (pada ayat-ayat 'haniian mariia') walaupun kakaknya, Ain Hanani kurang setuju kerana dia sering sahaja dipanggil dengan nama HANI di sekolahnya. (HANI @ HANY tentunya cantik, mengambil nama ringkas dari Haji Ahmad Nawawi Yaakob.. perasan sendiri lah tu.)

Begitulah ketetapan Allah pada perkara seperti ini. Saya selamat mendaftarkan namanya pada 3 Ogos 2010 pada awal pagi. Doakan yang terbaik kepada kita.

2 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Ustaz,
Salam kunjungan. Sudah lama tidak mendengar berita.

Anonymous said...

Alhamdulillah, syabas & tahniah... syukur