Nuha sudah masuk Tahun Dua SK Batu Anam. Sudah dua tahun dia belajar berpuasa. Tahun lepas hanya 7 hari dapat berpuasa. Dan tahun ini dia belajar lagi walaupun abah dan umminya selalu menyuruhnya sabar ketika berpuasa.
Nuha ni cepat sebik dan nangis. Tengok adiknya Ibrahim makan nestum pun dia terus sebik dan mahu berbuka puasa. Sabarlah dulu Nuha.
Ketika hari persekolahan tentunya cabaran tidak sehebat berada di rumah. Di rumah, banyak makanan yang boleh dicari, banyak pula ujian dan dugaannya. Sabarlah Nuha. Nanti bila besar nanti, Nuha akan faham erti seronoknya berpuasa, indahnya beribadah kepada Allah.
"Dua kegembiraan yang Allah berikan kepada mereka yang berpuasa, ketika berbuka puasa dan ketika bertemu Allah pada hari akhirat kelak." (Maksud al-Hadis).
No comments:
Post a Comment