Solat tarawih adalah ibadah khusus yang hanya ada pada bulan Ramadan. Seronok sangat apabila dapat solat berjemaah, seronok juga berpeluang mengimamkan jemaah di Surau Taman Yayasan. Namun kerap kali saya dikenali di kalangan jemaah sebagai imam yang laju. Imam muda yang laju.. itulah Ustaz Nawawi.
Selalunya saya membaca ayat-ayat al-Quran, berpandukan al-Quran yang diletak di hadapan imam. Memilih beberapa ayat yang biasa dibaca dari surah Al-Baqarah, Ali Imran dan seterusnya. Saya membaca ayat sekadar makmum menghabisi bacaan Fatihah mereka, lalu sayapun rukuk.
Ada jemaah yang suka mengikuti bacaan ayat berkenaan, makanya mereka membaca al-Fatihah seiring dengan bacaan imam. Sedangkan mereka yang biasa membaca sepertinya, akan mula membaca al-Fatihah ketika surah dibaca.
Oleh kerana umat Islam di tempat kita terikat dengan panduan fiqh Syafie, makanya ada kalanya solat tarawih menjadi rutin yang biasa, tanpa dapat menghayati makna indah di sebalik nikmat menghayati al-Quran daan solat tarawih.
Say amat rindukan solat tarawih, rindukan bacaan al-Quran yang dihindangkan Allah kepada kita pada setiap malam. Membacanya di dalam solat tentu lebih besar ganjaran pahala berbanding sewaktu tadarus. Itu yang kita dapat rasakan.
(Alangkah indahnya solat ini dihadiri rasa khusuk dan rendah hati kita kepada Allah yang menjadikan kita)
Selamat beribadah dan doakan amalan kita diterima Allah, hendaknya.
1 comment:
salam ustaz...
adakah kelebihan 'dikenali di kalangan jamaah sebagai imam yang laju. imam muda yang laju'?
adakah solat yang laju membantu 'menghayati makna indah di sebalik nikmat menghayati al-Quran dan solat tarawih'
atau menunuukkan 'dihadiri rasa khusuk dan rendah hati kita kepada Allah'?
para ulama' sedang mengingatkan & menasihati para imam agar lebih bertertib pada melakukan solat tarawih agar makmum tidak 'mencuri' dalam solat mereka; bukan seronok dengan kebiasaan bersolat laju...
'afwan, wallahu a'lam.
Post a Comment