Tuesday, September 14, 2010

BERAYA DI SUNGAI NIBONG, SEKINCHAN

Kali pertama baby Sara pulang ke kampung dan pulangnya beraya pula. Perjalanan pulang petang Rabu lancar dan kami sempat berbuka puasa di rumah. Hari Khamisnya persiapan raya dibuat seadanya; masak lodeh, ketupat palas, nasi impit dan rendang daging.

Kami membawa balik kaki lembu untuk diproses, bakar dan sisipkan untuk dibuat sup. Enak sebenarnya tapak kaki lembu ni, lembut dan kenyal dagingnya; lebih enak dimakan bersama bihun sup. Begitulah yang saya belajar daripada orang Jawa cara nak makan kaki lembu, kulit lembu dan cakar ayam. Selamat beramal dan menikmati juadah luar biasa, bukan biasa-biasa sahaja.

Keluarga Ajak dan Asyid tiba kemudiannya lebih memeriahkan suasana raya. Anak-anak riuh rendah bermain sesama sendiri, bukan senang nak jumpa saudara mara seperti ini, hanya EMBAH lanangnya agak kurang senang dengan keriuhan sepertinya. Orang tua...

Keluarga kami bertemakan merah/merah hati menghabiskan pusingan raya di rumah sanak saudara di Sungai Nibung dan Pasing Panjang.

"Kaluputanku sang okeh-okeh..."

1 comment:

aitotyati said...

keluputanku seng okeh-okeh ^_^