Tuesday, September 14, 2010

RAYA KE DUA, PULANG KE KEDAH

Raya ke dua lebih sibuk melayan keluarga datang berkumpulan. Baraan perempuan tidak ikut serta bila mana ahli keluarga tidak ikut bersama-sama. Kami ada rombongan keluarga Wak Mar, keluarga Wak Rob, keluarga Wak Jemblok dan lain-lain yang datangnya berkumpulan. Senang begitu berziarah kerana semua boleh kenal mesra walaupun hanya sebentar.

Lewat 6 petang kami berangkat pulang ke Kedah. Perjalanan menyelurusi bendang lewat Sabak Bernam dan Hutan Melintang. Di Hutan Melintang sedikit kesesakan berlaku, namun seterusnya perjalanan lancar hingga ke Lebuh Raya Cangkat Jering.

Dari Cangkat Jering ke exit Langgar tiada halangan dan kami selamat sampai jam 1.00 pagi di Pondok. Paksu Sanusi (abang saya) telah terbuai mimpi, adanya.

Anak-anak tidak puas-puas bermain melepaskan rindu setahun tidak ketemu.

No comments: