Hari ini jam 5 pagi tadi, Hajah Zainab Bt Yaakob kembali ke rahmatullah pada usianya 75 tahun (menurut perkiraan Mak Cik Melah dalam temubual saya dengannya lewat 2006, dalam catatan di bawah). Dia adalah kakak sulung kami daripada isteri pertama ayah, Siti Tijah.
Kak Nab telah lama kehilangan suaminya, Haji Said (1980) seorang yang komited dengan perjuangan agama. Kak Nab dalam usia begini, daya ingatannya sudah berkurangan dan dijaga sebaiknya oleh anak perempuannya; Sharipah.
Dijangka dikebumikan di Perkuburan Bukit Buluh jam 3 petang kerana perkuburan Padang Gelanggang (tempat makam suaminya) terputus hubungan dek banjir.
Sebetulnya kami amat rapat adik beradik walaupun berlainan ibu. Kami punyai 3 ibu; Siti Tijah (2 anak; Zainab dan Kamariah), Ramlah (Johari dan Sanusi), Sofiah (Mustafa, Siti Aisyah dan Nawawi). Siti Tijah meninggal dunia pada usia muda dan ayah berkahwin dengan Ramlah sebelum mengambil Sofiah - bermadu-. Hubungan adik beradik teramat rapat, tidak pernah kami persoalkan dia anak emak itu atau emak ini..syukur dengan limpah rahmat seperti ini. Malah abang seibu saya, Mustafa disusui oleh bonda Ramlah sejak kecil. Tentunya kasih bonda Ramlah tidak berbelah bagi kepada abang Mustafa.
Ya Allah, Kau lapangkanlah kubur kami, kubur Kak Nab seluas langit dan bumi, jadikanlah kuburnya bagaikan taman-taman syurga-Mu..
*(Ini adalah intisari temubual saya dengan bonda Hjh Ramlah lewat 2006 lalu)
Haji Yaakob – 1912- 21 disember 1978 umurnya 66 tahun ketika meninggal dunia.
Mak cik melah (90 thn) berasal dari kampung Chucuh, padang terap kiri. Kampung Chucoh dahulunya menjadi penempatan ramai dari kaum keluarga Saman. Anak Saman ialah Haji Ahmad (yang menjadi suami kepada Siti Fatimah binti Hj Md Nor) dan Puan Siti Bedah (Chu Dah, Kampung Baru), Sulaiman bin Haji Ali dan Isterinya Siti Mariam binti Haji Isa. Dikatakan Kampung Chucuh didiami 15 buah keluarga yang mempunyai talian darah.
Haji yaakob mulanya berkahwin dengan Siti Tijah berasal dari Bukit Buluh. Hasil perkahwinan ini dikurniakan dua orang anak perempuan; Zainab dan Kamariah.
Haji yaakob berasal dari Bukit Buluh, belajar di sekolah Padang Terap,
Mak cik nikah dng ayah pada umurnya 19 tahun di chucuh, berimamkan tok haji Deramat berasal dr Petani. Ayah pada masa itu 28 tahun yang baru sahaja pulang dari Mekah. Usia kak nab ketika itu 6 thn dan kak yah 4 tahun.
Ayah pulang dr mekah krn dipanggil balik kerajaan kerana Tanah Melayu ketika itu diambang peperangan; perang jepun 1941.
Ayah sempat belajar 4 tahun di mekah. Ayah berkahwin di bulan Rejab,dan mula menjadi imam di kampung Chuchuh termasuklah imam tarawih pada mulanya, berjemaah di anjung rumah Tok Mariam.
Setelah berkahwin, mereka berpindah ke Bukit Buluh, kampung asal ayah. Menetap disana selama 4 tahun sebelum berpindah ke Padang Gelanggang menjadi imam masjid (kariah) selama umurnya. Tok Ayah Nor menjemput ayah ke kg Pdg Gelanggang menjadi imam. Di pdg gelangang, hj yaakob mengajar al-Quran kepada penduduk setempat dan mengajar kitab.
Ayah yang membuka langkah membuka lagang membuka pondok, ketika Pakteh baru sahaja pulang dari mekah. Pakteh pada masa tu masih tinggal di Gajah Mati bersama Pakcu Ibrahim. Ayah meminta izin drp pak cu untuk membenarkan pakteh pulang ke pdg terap bagi membuka pondok dan mengajar di sini lantaran msykt pdg terap masih ketandusan ilmu agama pada masa itu. Tok guru pun tak ada.
Ayah membaca kitab termasuklah Bidayatul Bidayah, matlaul badrain, perukunan sembahyang, Matan ibrahim, maniautul musalli.
Macam mana bang pa boleh duduk dgn makcik?
Sebab ayah dikatakan bernazar nak kawin lagi untuk dapat anak untuk dibela Mak cik, Bangpa dulu tu memerak sangat. Bangpa bukan shj anak tiri malah turut menyusu makcik sejak kecil dalam lingkungan 2 tahun. Hinggalah dewasa. Perian buat benang, kalau dia minta nak menetek, kena beri juga…
Ayah seorang yang alim, pendiam dan disenangi masyarakat setempat. Bukan sekadar menjadi imam, malah menjadi rujukan umum masyarakat, juru nikah, menguruskan kes-kes yang dibawa ke mahkamah syariah, kaunselor, perbalahan rumahtangga, perebutan harta pesaka, kepala kenduri kendara dan sebagainya.
Penghuni pondok yang awal termasuklah; Tok Hajah Puteh, Tok Hawa emak Ibrahim Misai
2 comments:
takziah ustaz.
takziahh.
Post a Comment