Tuesday, February 22, 2011

PESAKIT REMAJA YANG BISING DAN MERACAU

Ia adalah gangguan yang luar biasa. Sakit, tidak sabar dan meracau. Bising dan mengganggu orang lain. Semalaman keadaan ini dilalui oleh pesakit lain dengan karenah pesakit remaja (tingkatan 4) yang patah tangannya kemalangan motor.

Marah? to be continue..

Sambungan...

Rasa marah terganggu sebegitu membuak-buak. Hinggalah terpacul suara;

'Hai! Diamlah!"

Namun sepantas itu juga terkilan rasa hati dan terdetik, kenapa aku sendiri tidak cuba membantunya?

Saya cakapkan kepada Afif dan melindunginya dengan beberapa ayat.. lantas mendekati Arif yang meraung itu. Beberapa ayat saya bacakan, cuba tenangkan perasaannya; sedia menerima kesakitannya...

Allah izinkan usaha kecil ini.. Saya membisikkan rasa kasih kepadanya; dia mencium tangan saya.. dan menangis dalam dakapan yang penuh syahdu.

Astaghfirullah.. beberapa kali kalimah itu muncul...

Mengapa aku terlalu sombong, mengapa aku tewas lagi dalam ujian-Mu seperti ini

3 comments:

Ain Salim HEP said...

Asalamualaikum,
Saya dan keluarga mendoakan semoga Afif cepat sembuh dan menjalani hari2 yg mendatang dgn tabah begitu jua dengan ustaz sekeluarga.Kami mendoa moga ALLAH S.W.T memberikan yg terbaik untuk ustaz sekeluarga.

Ilham Ainol said...

As Salam ustaz.

Moga dipermudahkan segala urusan dan perkara. Moga ustaz sentiasa di bawah lindungan-Nya. Moga perujian ini bakal mempertingkat keimanan dan ketakwaan kepada-Nya. Hanya pada DIA sahaja tali pergantungan dipegang dalam susah maupun senang. Kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan ustaz sekeluarga. Amin.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

terima kasih Sdr Ainol dan Puan Ain, kak Ain.. op Puan Ain..