Seawal pagi doktor bahagian pembedahan akan datang membuka luka-luka sebelum dibersihkan dan dibalut kembali. Sakit tentulah sekali.
Dr Nur Aisyah, Dr Syarhan dan Dr Khairul banyak membantu dalam hal ini. Ketua Jururawat bertugas ialah Puan Sutinah yang ramah menyapa walaupun dia sendiri kesuntukan ruang untuk membantu lebih lama.
Afif diberikan bola untuk disedut bagi mengembangkan paru-parunya. 'Deep Breeding Exsesice' diperlukan kerana pesakit lebih banyak terbaring yang dibimbangi akan terkena peparu berair.
Afif semakin mahu makan, menjamah bubur nasi yang dihidangkan, berlauk ikan dan petangnya berlauk ayam. Pada pesakit, apalah yang sedapnya makanan seperti itu?
Hari ini Afif menerima kunjungan rakan-rakan yang berniaga buah di TY. Rakannya yang disebut kali pertama setelah terjaga dari pembedahan. Najmi, Mas, Hakim, Pijul. Ilham, Syafiq, Zarif, Shahiran dan Izudin; itulah nama-nama yang dimaklumkan Afif kepada saya.
Pada tengah harinya, Dr Ali, En Rahim dan Tuan Sokri datang melawat. Mereka baharu sahaja tamat mesyuarat Ketua Bahagian yang sepatutnya saya juga perlu hadir. Menurut Dr Ali, keadaan Afif adalah stabil dan bertambah baik. Itu bacaan seorang doktor.
Ustaz Sobri Mamat (TP HEP MRSM TGB) tiba pada jam 3 petang. Terima kasih Ustaz, walaupun dia sibuk dengan tugasannya, sempat pula singgah ke mari.
CIkgu Norhan sekali lagi singgah sebentar, diikuti Sdr Saiful Hj Esa (TY) yang kini bekerja di Bahau. Ros Hasri dan Puan Masnah Saringat tiba sebagai tetamu kami terakhir.
Terima kasih kepada semua yang datang, semua yang mendoakan, semua yang membantu kami pada saat seperti ini. Tiada balasan yang termampu kami hitung dan kami balas melainkan Allah jua.
Malamnya saya solat jamak qasar di Masjid sebelum belikan bubur nasi dan kentang putar KFC untuk Afif.
Belum masanya untuk tidur..
No comments:
Post a Comment