Sunday, February 20, 2011

SABTU 19 FEB 2011

Afif sudah mula sedar dan 'consius' dengan persekitarannya.

Dr Khairul Anuar membuka balutan kaki dan tangan, yang kelihatan agak kalut. Itu style dia.

Dr Sharhan dan Dr Fatimah yang membuat lawatan pagi ini, ditemani nurse Khadijah yang mencabut semua wayar kaki, lutut dan saluran kencing. Sakit. Sakit dia menahan kesakitan..

"Afif nak balik rumah.. sakit.."

Sabar Afif, kan mereka membuat rawatan.

Tengah harinya, 1.30 Dr Wong datang membuat rawatan gigi. Membersihkan permukaan gigi dan memastikan gigitannya serasi. Ia masih baru, tentunya tidak serasi lagi.

Doktor dapat mengesan pula butiran-butiran udara di luar paru-parunya. Ia boleh dirasa pada pangkal leher (dada) ketulan-ketulan udara. Dr. Diana membuat persediaan untuk memastikan Afif boleh dibuat CTSCAN. Setelah diambil darah dan dipastikan tiada elergik, Afif dimasukkan ke CTSCAN pada jam 5.00 petang. (CTSCAN di dada dan lehernya)

Saluran pernafasannya didapati terdapat sedikit kebocoran. Nafasnya menjadi kurang stabil/ tidak puas dan memerlukan bantuan oksigen agar lebih selesa; butiran udara itu berpunca daripada kebocoran. Namun menurut pakar Muar dan Johor Bahru, ia boleh dipantau di sini sahaja.

Afif pernah mengadu sukar bernafas, dan itulah puncanya.

Hari itu kami menerima kunjungan rakan-rakan.

Ketika kami solat di Masjid Sultan Ibrahim, Puan Salmah Taman Yayasan menelefon dari hospital menziarahi Afif. Puan Salmah mengenali Afif sebagai pelanggan tetap di kedai buah. Setelah kejadian ini, baharulah dia tahu Afif ini adalah anak kami.

Kak Ummi dan suaminya menunggu kedatangan kami di katil Afif.

Kak Lin dan Abang Sufri bersama keluarga, En Din taukey kedai buah tempat Afif bekerja, Aizam -SUKSES - dan Rohayu (Ayu -ACC UiTMJ) datang jauh dari Kluang.

Lebih menggembirakan Afif rakan sekelasnya di TGB, Faiz, Salihin dan Aida datang melawat. Mereka dari JB/ Kota Tinggi dan KL. Bagi seorang remaja, keakraban remaja lebih bermakna dalam segala hal. Itulah dunia mereka.

Cikgu Mohamad Hasyim dan keluarga juga tiba mengiringi Afif ke CTSCAN.

Cikgu Ramlee dan keluarga, Zainan dan keluarga (Cikgu Saodah - SUKSES-, Fauzani dan Zul Hilmi), dan Ustazah Zuina yang mendukung Sara ke sana ke mari. Sayangnya saya berusaha mencari En Kamaruzaman, suami ustazah, tidak ketemui. lama juga tidak bertemunya.....

Fazludin dan keluarga (Cikgu Jannah) datang lagi. Dapatlah juga kami akan perkhabaran kenduri Tuan Haji Ayob yang dibantu juga anak-anak SUKSES merewang. Mereka menawarkan rumah di Muar untuk kami... Subhanallah.

Hingga 8.00 malam tetamu terakhir kami Ustaz Zainuddin Mustafa dengan keluarganya. Hanya Ustaz Z yang saya dapat bawa ke katil Afif... Biarpun seketika sahaja kunjungan kalian, ia amat bermakna kepada kami. Ya Allah, rahmatilah kami dengan kasih sayang-Mu yang abadi.

Kami pulang ke rumah Akh Anuar di Jalan Abdul Rahman; mandi dan solat sebelum saya kembali ke katil Afif. Sempat menjamah murtabak dan bubur candil yang dihidangkan. Terima kasih my brother.

Kak Lin menawarkan rumah untuk kami diami...

Kepenatan seharian tidak setanding dengan jalinan mahabbah kita sesama insan yang Allah tunjukkan.

No comments: