Sunday, February 20, 2011

AIN HANANI dan AFIF

Dalam keluarga kami seakan wujud team/pasukan adik beradik. Afif dengan Ain; Zaim dengan Atifi; Nuha dengan Ibrahim; dan yang tiada team ialah Sara. Team ini amat rapat mungkin kerana tahap umur yang hampir sama dan mereka membesar dan bermain dalam team yang sama.

Bagi Ain dan Afif, kami faham banyak perkara yang mereka kongsi dan tentunya ada perkara yang hanya mereka sahaja yang tahu. Apa-apa perkembangan Afif, Ain pasti tahu dan sama ada Ain hendak berkongsi dengan kami atau tidak, itu pertimbangan lain.

Kejadian ini kami tidak maklumkan dahulu kepada Ain di TKC. Afif sendiri berpesan begitu kerana bimbangkan Ain yang sedang menghadapi peperiksaan awalnya.

Semalam (Sabtu tengah hari) Ain menelefon umminya dan Nuha yang angkat.

Nuha di mana ni? Hospital Muar. Kenapa? Abang Afif eksiden...

Ain pastinya terharu dan menangis mendapat berita ini. Saya menyambut perbualan telefon seterusnya. Ain masih tersedu-sedu. Afif yang mendengar perbualan kami menitiskan air mata yang sungguh mengharukan.

Ain, abang Afif ok, doakan dia kembali pulih dengan cepat...

Apa yang terjadi abah? Abang Afif bagaimana? Teruk ke Abang?

Maaf Ain, abah tidak dapat ceritakan semua. Ain bacalah blog abah untuk selanjutnya..

Saya tidak dapat menceritakan secara detail dalam suasana seperti itu. Abah harapkan Ain bersabar, tabah dan menerima ujian Allah kepada kita.

No comments: