Monday, April 25, 2011

SDR ANUAR ABD MANAP

Dia seorang ahli korporat, usianya masih muda. Sejak awal remaja, ketokohannya sebagai pemimpin belia serlah terunggul. Pernah menerima anugerah Belia Cemerlang Kebangsaan. Kini berjawatan Presiden Majlis Belia Felda Kebangsaan; Presiden Majlis Belia Negeri Johor; Pengerusi Majlis Belia Segamat dan aktif dalam politik berjawatan Ketua Pemuda UMNO Sekijang.

Saya mengenalinya setelah berurusan mendapatkan komputer untuk Sekolah Agama Buloh Kasap beberapa tahun dahulu. Namun sejak menetap di Astaka Jaya, beberapa kali bertahlil di rumahnya tentunya mendekatkan hubungan kami.

Ahad 24 April kami menjemputnya merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Buloh Kasap (PIBG). Mendengar ucapannya, ternyata beliau mempunyai potensi besar untuk dilantik memimpin ummah pada masa akan datang. Gagasan pemikirannya melata jauh ke akar umbi untuk perjuangan agama dan bangsa.

Dia menggesa supaya pihak sekolah mendekatkan diri dengan golongan korporat, menjemput mereka pada majlis tertentu. Ya, idea yang menarik untuk dilaksanakan. Malah persatuan guru agama juga perlu aktif menggerakkan aktiviti untuk mendapat pengiktirafan pemimpin.

Pada penghujung sesi ucapannya, beliau bermurah hati memberikan dua unit komputer; komputer pejabat dan mini komputer. Subhanallah. Ya Allah rahmatilah kami semua Ya Allah. Jadikanlah kami pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Selaku Pengerusi Badan Kebajikan SABK, sumbangan seumpama ini amat besar maknanya kepada kami. Terima kasih daun keladi, semoga Allah memberkati lagi..

No comments: