Tuesday, May 24, 2011

18 MEI - MENGENAL SEBAHAGIAN KECIL BUDAYA CHINA

18 Mei 2011 (DAY 4)

Seawal 8 pagi kami bertola ke Summer Palace, sebuah kawasan rehat maharaja dahulu dikelilingi tasik yang indah (ulangan 2010). Ia memperlihatkan kemewahan (dan tentunya zalim) maharaja dahulu kala memerintah, punyai kuasa apa segala untuk nikmat dan suka-suak.

Apa yang menarik ialah warga China memasyarakatkan seni budaya yang mereka warisi. Kelihatan seni tari, tai-chi, dan lagu-lagu tradisional dimainkan oleh mereka secara terbuka. Sesiapa boleh ikut serta, sesiapa boleh lihat dan dipertontonkan.

Idea yang baik. Kenapa kita (di Malaysia) tidak memasyarakatkan seni budaya kita? Kita ada silat gayung, silat pulut, silat cekak dan bermacam silat lagi. Kita ada kompang dan gendang, nafiri dan rebana, kita ada zapin dan gazal, kita ada tarian naga dan silambam, kita ada sumazau dan seni budaya halus lain, kenapa kita tidak serlahkan, pamerkan, dan kita hidupkannya secara ‘live’, terbuka kepada semua. Latihan silat kita diadakan pada waktu malam, tempatnya entah di mana, tersembunyi. Zapin dan kompang kita entah di mana dilatih, kenapa tidak kita bawa sahaja silat kita kita latihkannya di sekitar Dataran Merdeka atau KLCC atau lokasi lain yang sering dilihat orang ramai. Ia bukan hanya silat, malah juga riadhah yang baik buat semua.

9.30 kami keluar dari Summer Palace ke Kedai Permata berhampiran Stadium Olympic, milik seorang Cina dari Malaysia, Wilson barangkali namanya (Ulangan 2010). Dia lebih suka berceloteh tentang Beijing dan masyarakatnya, tentang untuk rugi dan kos, tentang pengalamannya di utara dan selatan China. Tidak tentang batu permata yang dijual. Tetapi apabila dibuka sesi jualan, itulah yang ditawarkan kepada pelanggan dengan harganya –amat rendah- yang boleh dibeli dengan nilai RM!

Dan ramai yang terbeli dan membeli. (Marketing strategy-nya memang bijak, tip top).

11.00 kami dibawa ke Kilang Teh. Cara promosinya pun nampak kurang bersungguh, mungkin kerana tahu kami ini ramainya pelajar. Pelajar tidak punyai kuasa membeli begitu baik. Saya beli daripada Prof RM100 teh yang sepertinya.

Selepas ini, setiap malam isteri-isteri kami kena sediakan secawan teh cina untuk diminum sebelum tidur. Untuk dibuang toksidnya! *isteri satu Cuma; isteri saya dan isteri Prof, Puan Roza... he he..

11.20 kami beredar ke kilang pisau. Taklimatnya tentang pisau dan pisau cukur. Saya beli satu set. Tak apalah untuk memudahkan Shida masak memasak, potong memotong.

12.30 makan tengah hari di restoran sekitar kawasan muslim, yang telah kami kunjungi pada hari kedua. Biasalah kami disambut penjual beg dan alas meja.

1.30 buat kali pertama kami dibawa masuk ke masjid di China. Masjid Muji (?) berhadapan dengan bangunan telekomunikasi China. Sujud syukur dan amat bersyukur.

Kami solat berjemaah di hadapan, dan rombongan para guru Selangor solat kemudiannya di belakang dengan jemaah yang lain. Saya kira di Selangor, berlaku dua imam dalam satu masjid pada satu masa adalah satu kesalahan, walllahuaklam.

Tengok kilang sutera. Betul-betul kami tengok semata-mata.

2.45 keluar menuju ke Tiannament Square. Perjalanan agak perlahan dengan kenderaan yang berjajaran. Tiba di sana sekitar 3.35 dan dibawa berjalan sesungguhnya berjalan semata-mata, tanpa stop tanpa henti tanpa penerangan yang sewajarnya.

Banyak perkara yang tidak dapat disaksikan ahli rombongan di sebalik ‘hidden city’.

Kemudian terus kami dibawa berjalan keluar menuju ke bas yang menunggu untuk ke pertunjukan akrobatik. Kehebatan masyarakat China terletak pada warisan seni budaya mereka yang dipertahankan, termasuklah seni akrobatik. Ia seakan pelakunya tiada ada tulang, tulangnya sudah lembut selembut sotong, walaupun mereka itu sasa tidaklah seperti ‘sutung-sutung’ yang banyak di Malaysia.

Panggungnya terletak bersebelahan Bangunan Kebudayaan China, yang kali pertama saya masuk ke sini. Konsep persembahannya juga berbeza dari yang saya pernah lihat dahulu. Menarik. Namun saya terlalu mengantuk dan akhirnya tertidur yang agak lama sebelum melihat cycling dan upacara penutupnya sahaja!

6.35 habis dan balik. Makan dahulu di bangunan 2 tingkat, hari pertama kami tiba. Hajar memesan mi China untuk dirasai keenakannya. Ada rasanya.

Selepas mandi dan solat, kami berjalan-jalan ke supermarket Yong Hui (YH), saya belikan baju Y59.00 dan stoking Y15.90. Ada KFC untuk minum sahaja dan pulang ke hotel berehat

No comments: