Tuesday, May 24, 2011

CATATAN BEIJING 17 MEI

17 Mei

Usai solat Subuh bersama-sama Prof, saya mengambil peluang berjalan kaki melihat sekitarnya seawal jam 4 pagi. Cerah.

Kereta, troli dan van kelihatan di sudut jalan menjual barangan berasaskan soya; tauhu, fucuk dll dengan pasaran terbuka. Simple tetapi nampak aliran tunainya begitu besar. Ia bukan kecil-kecilan jika dihitung nilai Yuan-nya.

Melalui jalan ke arah matahari terbit, ternyata tiada apa yang menarik untuk dilihat selain tukang sapu seawal pagi membersihkan jalan raya.

5.30 kembali tidur, sejuk kaki dan tangan.

Setelah bersarapan, jam 8.00 bertolak ke lawatan hari ke 3.

Hari ini pelajar Nurul Hajar tidak ikut serta kerana keuzuran. What to do.

9.00 pagi singgah di kilang jade, (ulangan 2010), tiada apa yang dibeli. Beli cecair pemanas berfungsi seperti tungku; Suxiaorebao Y15 x 2 (Y30).

10.00 pagi bertolak ke kilang herba (ulangan 2010), diuji dengan koyok. Saya beli ubat kulit utk tahan panas dll, Y125.00 botol kecil. Pada 2010 ingat nak beli, tapi tak jadi, akhirnya terbeli juga pada kali ini.

11.10 keluar menuju ke kilang kristal. Sekadar melihat dan mendapat taklimat, tiada apa yang dibeli.

12.00 terus ke Pameran Tembikar untuk makan dan solat zohor di sana. Sekadar melihat, bukan untuk membeli.

1.30 bertolak ke Great Wall. 1.45 tiba di sana dan mula mendaki selepas sesi fotografi. Kami diberikan masa sehingga jam 3 petang sahaja.

Bersama Abe dan Kotak, saya gesa untuk terus mendaki hingga ke Point 10 (puncak 3) (ulangan 2010, dengan Haji Amin pada masa itu) dengan mencuri masa untuk bergambar dengan pengujung dari luar. Tiba jam 2.45, dan turun ke bawah selajunya dan 3.10 berada di dataran. Ada pula bergambar dengan pengunjung dari Jepun. Remaja begitulah lagaknya.

3.30 ke massage centre. Kena urut dan rendam air panas berherba. Dikatakan saya ini sakitnya pak; sakit buah pinggang dan obatnya pak, Dong Chong Cua; Y900 sekotak x 3 kotak untuk bagus... Prof tak beli, sayapun tak beli. Terlalu mahal.

5.30 ke Olympic Stadium, menyaksikan keindahan alam dan kehebatan manusia membina tamadun hasil usaha yang mereka ada. Sesi jalan-jalan dan fotografi yang cukup indah. Saya teruja mengambil foto kepala naga (bangunan berbentuk begitu), diiringi sisipan matahari petang seakan bebola panas keluar dari mulut naga. Beli layang-layang untuk si Ibrahim.

7.00 baru kami bertolak pulang. Kelewatan yang tidak sepatutnya terjadi. Scachy dan pemandu marah, dan memangnya kelalaian kami.

Makan ala kadarnya di Kedai Bawah Jejantas tu.. Saya namakan begitu, kerana itulah landmark ke sana, melalui bawah jambatan dekat hentian bas.

Sampai ke hotel sekitar 9 malam dan terus solat. Pelajar buat meeting post-mortem.

Saya keluar jalan-jalan sendirian..., sebelum tidur.

Beli fishball bakar macam sate bikinan orang Islam di pasar malam tepi jalan. Pedas.

No comments: