Tuesday, September 20, 2011

ABAH

ABAH masih sakit, ditahan di Hospital Universiti UKM, Cheras.

Minggu lalu, Atifi tamat peperiksaan UPSRnya. Nampak dia confiden semacam. Semoga berjaya cemerlang. Petang Khamis kami buat ketupas palas utk open day Jumaat petang..

Masak ketupat dan rendang, pecal dan kuih-kuih.. Menu utama kena order; nasi ayam dan soto daripada Abang Idris Tohiran. Sebenarnya senang saja nak masak, tapi kesuntukan waktu dan tenaga, lebih mudah minta oran glian yang masakkan.

Sampai jauh malam kami siapkan ketupat dan masak memasak..

Jumaat pagi siapkan alatan dan kelengkapan seadanya.

Hari itu kena pula jadi khatib Jumaat... on the spot!

Ramia juga rakan dan teman yang datang berkunjung sesi petang hingga ke malam. Marhaban, tidak berapa ramai yang hadir, mungkin cuti hujung minggu agaknya.

Siap kemas-kemas hingga awal pagi...

Sabtu pagi bantu Hj Manan kenduri di rumahnya. Jadi DJ. sekadar adanya... (Jumpa Aiman, bekas pelajar Uitmj yang berkeja di JB, buat part time juru foto)

Ke kenduri di Bumbun dan Tok Ali Ketua Kampung di balai raya Tandung. Jumpa Ustaz Muhli dari Sungai Nibung, Selangor.. Macam kenal pak haji ni..

Petangnya kami bertolak ke KL, ziarah abah di HUKM. Saya menemani abah di hospital malamnya, sementara emak dapat berehat sebentar di rumah Ripin, anak sulungnya.

Seharian di hospital, banyak yang menarik. Dapat kenal kawal dan dapat jumpa orang yang sakitnya serba serbi.

Kami pulang ke Seremban hantar Ain di TKC.

pulang terus ke Segamat; Afif ada di rumah... sempat berhari raya di rumah kawan-kawan; en dasli Kak Za dan ...

unser kotor.. kena cuci dulu sebelum rehat..

No comments: