Wednesday, September 14, 2011

SUBJEK BAHASA MELAYU UPSR

Alhamdulillah Atifi semalam usai mengambil subjek Bahasa Melayu. Apabila dilihat kandungannya, ia suatu yang baik ke arah mengekalkan budaya dan tradisi bangsa Melayu.

Cuma beberapa perkara yang perlu dilihat kembali.

1. Bahasa Melayu adalah bahasa kegunaan harian dan ia perlu menggambarkan realiti kepenggunaan semasa. Ia bukan sebuah rakaman sejarah. Maksudnya pengajaran bahasa Melayu hendaklah semasa dengan sekitaran yang penggunanya, khasnya murid dan pelajarnya berada. Ia bukannya suatu yang terasing dan 'nostalgia' yang perlu dipelajari dan difahami oleh murid darjah rendah.

2. Contohnya kepenggunaan budaya Melayu yang berlebihan dalam soalan-soalan peperiksaan, tentunya menyukarkan murid mengerti dan memahami makna tersurat. Contohnya orang Melayu dahulu memang membina rumah menggunakan kayu dengan alatan pertukangan sendiri. Perkara itu tidak lagi berlaku dan terjadi pada masa kini.

3. Akibatnya, tentulah calon peperiksaan tidak mengetahui apa itu ketam, pahat, kisi-kisi dan seumpamanya. Apabila timbul soalan yang berkaitan, tentunya mereka tidak tahu dan tidak ada dalam pengalaman kehidupan mereka. Ia hanya satu nostalgia dalam kalangan orang tua-tua Melayu sahaja.

4. Kepenggunaan Bahasa Melayu lebih merujuk kepada kepenggunaan semasa, maksudnya apa yang akhbar dan media kemukakan, itulah bahasa dan maklumat kepenggunaan bahasa. Kita menghukum pelajar tidak memahami bahasa dalam konteks pemahaman budaya, tentunya ia tidak tepat dan tidak kena.

wallahuaklam.. sekadar pandangan.

1 comment:

tunz said...

setuju juga dgn pendpt tuan blog..dlm zaman siber ini,anak2 lebih mengenali 'grill' @ jeriji besi...org bina rumah pun dh guna batu bata...di kg2 pun dh byk terbinanya rumah2 batu yag gah...

dlm konteks BM sekolah rendah.para guru perlu lebih 'explore' dan bimbing ank2 didik mereka. war2kan budaya membaca yg semakin luntur