En Abd Rahim Omar seorang daripada jemaah surau yang baru
muncul. Setelah bersara, dia berpindah ke sini dan menyertai kami berjamaah.
Orangnya bertubuh kecil dan berpendidikan. Selalu speaking Inggeris bila
berbual dengan saya. Saya selalu SMS kepadanya bagi info aktiviti surau kerana
saya tahu namanya tiada dalam list CNN surau. Semasa program dengan Ustaz
Zahazan, dia cakap tak perlulah SMS kerana melibatkan kos, sedangkan dia
sendiri sudah tahu program berkenaan. Oh, tak apalah... sekadar ingatan kepada
kawan-kawan, ujar saya.
Pagi ini saya dapat SMS memaklumkan kematiannya. Innalillah.
Dia pergi pada ketika kita tidak sedari kesakitan yang dilaluinya. Dia pergi
dengan aman, aman tanpa kami sedari ketiadaannya sehari dua...
1 comment:
AL-FATIHAH buat arwah..
Post a Comment