Thursday, January 12, 2012

TAKDIR

Takdir itu rahasia Allah. Manusia perlu berusaha gigih untuk mendapatkan takdir yang terbaik buat dirinya. Janji Allah; mereka yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya. Ya, usah disalahkan takdir. Ada orang yang secara mudah mempermain-mainkan takdir Allah. "Kalau awak tidak berjaya, itu sudah takdir...". Maaf itu bukannya pemikiran seorang muslim yang sahih. Ia sekadar bermain dan berceloteh. Takdir Allah adalah rahsia-Nya yang hakiki, tiada siapa tahu dan tiada siapa yang boleh menduga. Manusia wajib berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin untuk mendapatkan apa yang diingini. Kesungguhan dan komitmen itu yang diberi ganjaran olah Allah. Komitmen itu juga akan disusuli dengan kejayaan dengan izin Allah. Jika sedari awal kita meletakkan takdir di hadapan, bererti usaha dan daya penggerak menjadi perlahan dan menurun. Di situlah kegagalan tercipta.

3 comments:

noor amirah bt ahmad said...

takdir dan manusia sgt berkait rapat. entry kali ni buat sy berfikir jauh.. pelajar prlu usaha utk berjaya. gagal itu soal kedua. tapi titik tolaknya usaha. ingatan utk dr sy. =]

Mak Wardah said...

Pertama kali masuk melalui blog Hanis Zalikha terus terpaut

Sati said...

Terima kasih Ustaz kerana menyuluhkan sedikit kebenaran.. Moga Allah memberkatimu