Wednesday, January 11, 2012

ORANG KOTA DAN ORANG-ORANG

Sesekali berada di Lembah Kelang dan mendengar perbualan orang-orang besar di kota; baik daripada kalangan teknokrat mahupun korporat; mereka berbicara tentang 'masa untuk menukar kerajaan'. Kalangan intelektual mahupun orang biasa-biasa, tercuri dengar bualan yang hampir sama dan bersahaja. Saya jadi kaget dan pelik. Sedangkan orang-orang yang berjawatan di pihak sini pula sering sahaja mengemukakan fatwa supaya memenjarakan Tokey besar sebelum PRU13 diumumkan. Tokey besar perlu dipenjarakan dahulu dengan apa cara sekalipun... Saya juga jadi kaget dan pelik.. Itulah bicara orang-oarng kota dan orang-orangnya. Bagaimanakah orang Melayu Muslim kita melihat politik; dari sudut mana yang dinilai dan diperjudikan...

No comments: