Faham. Semua orang mengerti adanya perbedaan pendapat pada semua orang pada suatu perkara. Pertimbangan masing-masing faham.
Namun dari sudut yang lain, ada orang kita yang tidak boleh berbeda pendapat. Jangan berbeda pendapat dari arus perdana, jika tidak maka anda akan digelar dari bukan golongan kami. Realiti.
Sedangkan pada masa yang sama, mereka adalah pejuang agama, pejuang keadilan, pejuang hak asasi manusia. Ternyata, sukar hendak mengotakan apa yang diyakini, diimani dan dianuti.
Seharusnya kita meraikan kepelbagaian pendapat dan ruang, kerana tidak semestinya berbeda pendapat itu bermakna menentang, bererti memalingkan diri dari golongan itu dan ini. Tidak sama sekali. Cuma oleh tanggapan sebegitu simplistik wujud dan merebak dalam orang-orang seperti ini, menjadikan kita cemuih dengan karenah mereka. Tidak mustahil kita membuat satu kesimpulan, bahawa orang seperti ini adalah terlalu fanatik dan tidak terbuka pemikiran mereka.
Sukar jadinya mereka mahu menjadi pemimpin bertaaf dunia, hanya jaguh kampungan barangkali.
No comments:
Post a Comment