Tuesday, February 21, 2012

JANJI

JANJI mudah disebut tapi terlalu payah hendak ditunai.

Saya pernah berjanji dengan Mr Lee Tan Luck dan rakan-rakan lain untuk ke Mesir atas urusan seminar (dan berjalan-jalan). Namun tiba masanya, saya tidak dapat pergi. Terkantoi dengan program PJI&A yang mendatang di samping rasa kesungguhan untuk menyertai mereka itu tidak terdorong.

Mohon maaf, walaupun kemaafan itu mudah disebut, tetapi sukar hendak diterima.

Pagi ini saya baca ayat 75- 78 surah Ali-Imran mengkisahkan tentang janji. Allah membenarkan kita berjanji dengan 'ahli kitab' walaupun dengan berhati-hati pastinya.

"Dalam kalangan ahli kitab ada yang jika kamu amanahkan kepada mereka dengan harta yang banyak, mereka akan kembalikan kepada kamu. Namun ada juga yang diamanahkan dengan hanya sekeping dinar, tetapi tidak memulangkan kepada kamu sehinggalah berulang kali kamu menuntutnya. Ini kerana mereka beranggapan tiada dosa dan halangan terhadap orang-orang ummi seperti kamu. Mereka berdusta walaupun mereka mengetahui kebenarannya."

Selanjutnya Allah memberi ingatan berat kepada mereka yang memungkiri janji.

"Orang yang menukar balik janjinya kepada Allah dengan tukaran habuan yang sedikit, mereka itu tidak berharga di sisi Allah, Allah tidak berbicara dengan mereka, tidak pula Allah mahu melihat kepada mereka pada hari kiamat, tidak pula Allah mensucikan (mengampunkan dosa) mereka. Mereka peroleh azab yang pedih." (Ali Imran:77)

No comments: