Saya mengharapkan perubahan organisasi PIBG SUKSES. Lewat MAT 24 Feb lalu, ia tidak menjadi. Nama saya masih lagi naik untuk tahun ke tiga. Beban begini sukar hendak digalas, namun kehendak orang ramai atas pemerhatian mereka secara 'surface' mereka masih mahukan kita...
Pemilihan rambang yang berlaku dalam mana-mana mesyurat agung biasanya diasaskan kepada 'surface'; menilai secara kasar daripada kemampuan seseorang yang kurang kita kenali. Kebiasaannya seseorang yang pandai berucap dan memberi buah fikiran akan dipilih sebagai jawatankuasa. Itu ukuran pertama pemilihan orang ramai. Tidak dinafikan ramai AJK yang dipilih mampu memberi sumbangan besar, namun ada pula yang tidak pernah muncul dalam mesyuarat jawatankuasa sepanjang sesi tahun berkenaan. Puncanya kerana kita tidak mengenali secara tuntas calon yang dicadangkan.
Saya percaya AJK PIBG SUKSES kali ini adalah yang terbaik, gabungan lama dan baru yang tentunya mampu mengorak langkah lebih jauh demi kejayaan SUKSES. Syukur kerana Cikgu Bardin masih bersama-sama dalam jawatankuasa selaku NYDP. Dia orang yang jauh berpengalaman dan berupaya menjana dana dan menggerakkan aktiviti.
Tahniah kepada semua.
No comments:
Post a Comment