Friday, February 24, 2012

HITAM PUTIH MANUSIA

Sering sahaja kita menyalahkan orang itu dan orang ini atas kekurangan dan kelemahan mereka. Tidak dinafikan setiap manusia ada hitam putihnya.

Sebelum pergi terlebih jauh, kita lihat diri sendiri. Dalam diri ini juga punyai hitam dan putih. Malah kadang kala terlebih banyak hitam daripada putih. Soalnya, kenapa kita sedia memaafkan diri kita dan menerima diri kita dengan segala kekurangan dan kealpaan yang menghitamkan warna hidup seadanya.

Pada pasangan kita (isteri atau suami) juga ada hitam putihnya, namun kita sedia menerima mereka seadanya. Itulah realiti.

Kenapa pula apabila kita melihat insan lain yang dianggap musuh atau dianggap jelek, kita tidak bersedia menerima putih yang ada kelihatan pada aspek tertentu? Kenapa begitu sukar hendak menerima kebaikan yang ada, sedangkan kebaikan itu bermanfaat dan berguna untuk ummah dan kehidupan.

Di sinilah letaknya 'ketidakadilan' kia dalam menilai diri orang lain, atas apa pegangan mereka, atas apa pendapat dan tindakan mereka. Pendemokrasian minda masih belum terserlah dalam pertimbangan kita. Itu juga suatu realiti.

Belajarlah menerima hitam dan putih yang ada pada setiap orang, termasuklah diri kita sendiri.

No comments: