Meneladani anak pertama dan anak ketujuh tentunya tidak sama.
Anak pertama di tadika hendak menghadapi peperiksaan pun, ibu minta cuti nak temankan anak. Bimbang takut anak tak boleh jawab periksa. Kalau sudah anak ketujuh, peperiksaan PT3 habis pun si bapa tidak perasan.
Anak pertama ke tadika pakai baju tak ikut hari pun sudah gelabah. (Ada hari pakai t-shirt, ada hari pakai uniform). Ibu sudah gelabah dan segera balik tukarkan baju dan siap-siapkan semula. Anak ketujuh, asal sudah dihantar masuk ke pagar tadika, itu sudah cukup.
Anak pertama masuk tadika mesti on-time, pukul 8, maka pukul lapanlah atau terlebih awal. Anak ketujuh, pukul sepuluh pun kira OK lagi sebab datang sekolah tadika juga. Tapi bila sudah darjah satu tak bolehlah dibuat sebegitu lagi..
Anak pertama awal-awal lagi dipaksa mengaji dan membaca. Dibelikan segala alatan, buku dan bahan bacaan yang berbagai-bagai untuk melengkapkan anak tadi boleh membaca, mengaji dan boleh jadi pandai. Sudah menjadi anak ketujuh, buku-buku abang-abang dan kakaknya dibalut semula untuk dibuat bacaan. Bacalah buku kakak dan abang yang dah hampir koyak dan hilang beberapa muka suratnya.
Anak pertama dipastikan ikut peraturan sebaiknya, baik pada ketika makan, ketika solat, ketika bermain di padang dan di mana sahaja. Anak ketujuh, pandai-pandailah aturkan diri sendiri. Ibu bapa dah jarang marah dan jarang kawal lagi. Dia membesar dengan persekitaran yang lebih bebas dan selesa untuk menjadi seorang budak kecil.
Anak pertama ibu dan bapa yang ajak dan temankan mereka membaca, tetapi anak ketujuh, si anak itu yang mengajak ibu dan bapa menemankannya membaca. Dan kadang kala si bapa cakap; 'Sara baca sendiri ya.. abah nanti betulkan.."
Akhirnya kita perhatikan, anak pertama lebih berdisiplin dan kehidupannya lebih terkongkong. Hendak main hujan tak boleh, hendak masuk parit tak boleh, hendak main pisau tak boleh, hendak bermain mesti bertemankan ibu bapa, sedangkan anak ketujuh lebih ceria dengan corak hidup yang lebih bebas dan dia membesar pada kehendaknya sebagai seorang kanak-kanak.
Perimbanglah antara anak pertama dan anak ketujuh.
2 comments:
Assalam Ustas,
Banyak faktor yang membezakan meneladani anak pertama dengan anak ke tujuh. Persekitaran yang berbeza adalah adil meneladaninya juga berbeza.
1. Anak pertama hanya mendapat tauladan dari ibu dan bapa. Tiada pilihan. Jika bukan ibu bapa sendiri siapa lagi yang meneladininya. Anak ketujuan mendapat tauladan dari 6 anak-anak yang lain. Tanggongjawab telah diagih-agihkan kepada keluarga untok meneladani anak yang ketujuh.
2. Tanggongjawab kerjaya ibubapa juga berbeza. Semasa anak pertama, ibubapa hanya sebagai kakitangan biasa dalam tempat kerja. Tanggongjawab di tempat kerja hanya waktu bekerja. Pada anak ketujuh, tanggongjawab ibubapa telah meningkat dari pekerja biasa kepada ketua jabatan setidak-tidaknya ketua kumpulan. Tanggongjawab kerjaya juga kadang-kadang mencuri masa waktu bersama-sama dengan keluarga. Peningkatan pangkat ditempat kerja mempengaruhi keyakinan masyarakat untok ibubapa tersebut menjadi pemimpin penting dalam masyarakat pula. Dari itu waktu malam telah dihabiskan bersama-sama dengan masyarakat sehingga waktu anak ketujuh telah masuk tidur. Itu adalah satu fitrah kehidupan.
3. Manakala kegagalan mendisplinkan anak yang ketujuh adalah kerana kegagalan ibubapa mendisplinkan anak kedua hingga keenam mengamalkan displin anak pertama. Jika anak kedua hingga keenam mengekalkan displin itu, mereka secara otomatik akan dapat mendisplinkan anak yang ketujuh. Ini disebabkan mendisplinkan anak kedua hingga keenam masih lagi mudah kerana dalam peringkat berasnsur peningkatan tanggonjawab ditempat kerja.Pada anak ketujuh, tanggongjawab itu telah tepu. Ibubapa perlu menjadualkan waktu dan dalam masa yang sama berdisplin dengan waktu yang dijadualkan tersebut.
Hehehe......pendapat 2 sen....
Terima kasih En Ghani.. saya suka dengan pandangan ini..
Post a Comment