Thursday, February 4, 2016

KEMELUT

Kejadian itu memberi bekas kepada kami. Ia suatu yang sepatutnya tidak berlaku dan tidak akan terjadi, tanpa sebarang sebab dan punca. Ada punca yang mencetus kepada terjadinya kejadian, itulah neture pada logika akal yang waras.

Banyak yang boleh dipelajari;

1. Lazimnya manusia akan mudah melupakan kebaikan yang dilakukan seseorang akibat terpalit dengan satu kejelekan. Kejelekan itulah yang akan diingat dan dipahat; ibarat kemarau setahun akan hilang kesannya dengan hujan sehari. Biar sebanyak mana kebaikan dibuat, capaian yang diraih, namun kejelekan setitik itu habis menenggelamkan selautan yang baik itu.

2. Kita sering menyalahkan akibat akhir daripada sesebuah tragedi tanpa mahu mencari punca kepada kemelut yang terjadi. Punca itu sepatutnya diteliti dan diperhalusi jika tidak mampu untuk dihapuskan sama sekali. Punca kebakaran hanyalah seputung rokok yang dicampak ke belukar, yang walaupun hanya seputung rokok, tetapi itulah punca sebenar kepada kerosakan alam. Kegagalan kita mengesan punca menjadikan kita zalim terhadap tindakan dan hukuman yang dibuat.

3. Robin Hood amat dibenci oleh pemerintah kerana dia merompak harta raja-raja, sebaliknya golongan marhain berterima kasih kepada Robin Hood yang banyak membantu mereka. Islam tidak pernah menghalalkan cara, namun kezaliman pemerintah yang memerah harta dan keringat rakyat itu perlu dibendung. Dalam konteks ini, pemerintah berusaha melaksanakan keadilan, melebarkan kebaikan kepada semua orang, namun mereka tidak seharusnya lupa di celah kebaikan itu ada tersirat kejelekan yang tidak dikenalpasti.

4. Hang Tuah sebagai anak kesayangan Raja dan anak harapan Raja diperintah membunuh Jebat yang derhaka. Hang Tuah telah hilang pertimbangan diri setelah diberi ole-ole oleh raja sehingga dia tega berbunuhan dengan saudaranya Jebat. Ramai yang suka kepada Tuah, tetapi lebih ramai lagi  yang berterima kasih kepada Jebat kerana Jebat menjadi pembela kepada suatu kebenaran yang tersimpan.

5. Untuk berjaya, kita bukan hanya perlu menjadi orang yang baik-baik, tetapi juga perlu menjadi orang yang kelihatan baik dan berperangai baik.

OK terima kasih...

No comments: